Pelancongan telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Kita tahu bahawa kebanyakannya mempunyai dorongan berterusan untuk lari ke hujung dunia dalam mencari kepuasan pengembaraan peribadi yang tersendiri. Tetapi semasa menikmati perjalanan, anda lebih kerap merasai diri anda dalam teka-teki. Adakah anda menikmati sepenuhnya diri sendiri dan merasai kepuasan di dunia baru, pengalaman dan emosi yang tercungkil daripada tempat baru, atau cuba untuk merekodkan semua yang anda lihat, sentuh dan dengar dengan filem di kamera anda, demi generasi akan datang ini?

Kami ada berita baik untuk anda: Dengan Sony FDR-X3000R Action Cam menyelesaikan dilema itu untuk anda, dan anda tidak perlu bimbang tentang merakam keseronokan semasa bercuti.

picture1

1. Snorkeling di dalam air laut biru yang cantik

picture1

Anda gemar melakukan aktiviti snokeling? Apa perasaan anda apabila anda dikeliling oleh sekawan ikan yang berwarna-warni di dalam air laut biru yang jernih dan cantik? Pasti mengujakan anda namun anda akan hanya lupa perasaan ini apabila balik dan tidak anda sedikit pun anda merakam saat indah itu. Namun, dengan Sony FDR-X3000R Action Cam anda boleh merakam saat indah itu. Jangan risau kerana Sony FDR-X3000R Action Cam dilengkapi dengan bekas kalis air yang boleh dibawa menyelam sehingga 60m paras laut yang mempunyai head mount yang memastikananda merakam semua yang anda lihat, dengan keupayaan kanta luas yang mengagumkan.  Bagi mereka yang berminat untuk menyelam lebih dalam dan melihat keindahan dunia lautan, Sony FDR-X3000R Action Cam juga melekat dengan selesa di pergelangan tangan anda, membolehkan anda untuk ‘Point dan Shoot’ objek dengan mudah dan menakjubkan.

2. Jeritan girang bermain roller coaster

picture2

Dalam video Youtube, anda pasti pernah melihat telefon bimbit terbang semasa merakam menaiki roller coaster – jangan jadi seperti mereka. Dengan Sony FDR-X3000R Action Cam anda boleh merakam detik indah anda bermain roller coaster dengan selamat. Anda boleh letakkan Sony FDR-X3000R Action Cam bersama chest mount untuk merakam footage video anda semasa bermain roller coaster. Pastinya anda akan berulang kali melihat detik indah ini walaupun semasa menaiki roller coaster ini anda menutup mata.

3. Menerokai alam di hutan atau gurun

picture3

Inginkan perjalanan yang bebas gear semasa menerokai hutan atau pun gurun? Biarkan Sony FDR-X3000R Action Cam menjadi rakan dipercayai anda semasa anda menerokai alam yang indah ini dengan berjalan kaki. Sangat selamat di mana anda boleh pasangkan Sony FDR-X3000R Action Cam di kepala anda dengan klip topi, head mount atau chest mount yang membuatkan tangan anda bebas dari gear dan boleh memanjat atau memegang tiang trekking. Anda juga bole membeli pelindung AKA-MCP1 MC yang melindungi kanta kamera daripada debu dan pasir – anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada rakaman tidak jelas selama-lamanya!

4. Pengalaman hebat dengan pengangkutan tempatan

picture4

Susuri jalanraya dengan hebat seperti melalui lalu lintas sibuk Thailand tanpa perlu bimbang jika anda akan terjatuhkan kamera anda apabila Tuk Tuk anda melanggar bumper di jalan raya.  Dengan penggunaan grip jari, klip topi, atau pengapit , anda boleh yakin bahawa Sony FDR-X3000R Action Cam dengan selamat diikat semasa anda merakam perjalanan berliku-liku sewaktu pengembaraan di jalan-jalan Siam. Jika anda menyewa basikal untuk mengembara pergi di jalan raya pinggir bandar Thailand, anda boleh mengikat Sony FDR-X3000R Action Cam pada pemegang basikal. Ucapkan selamat tinggal kepada rakaman yang goyang dan terhentak kerana dengan teknologi  Optical SteadyShot ™ Balanced di dalam kamera Sony FDR-X3000R Action Cam, seolah-olah anda merakam footage dengan bantuan stabilizer.

5. Menerokai pasar tempatan 

picture5

Untuk mendalami dan merasai bagaimana penduduk tempatan di sesuatu kawasan, tempat paling baik untuk anda lawati adalah pasar tempatan. Anda akan dapat menyelami budaya mereka di sana dengan melihat budaya tempatan, dialek percakapan dan juga aroma makanan tempatan yang sangat menyelerakan. Sepanjang perjalanan di pasar, anda pasti akan melihat budaya tawar-menawar dan anda juga boleh membeli sedikit ole-ole buat teman atau keluarga anda. Dengan Sony FDR-X3000R Action Cam yang boleh diklip dengan klip topi, anda bebas merakam footage video menarik sepanjang perjalanan anda tanpa penat dan lenguh memegang kamera di tangan. Dan dengan keupayaan video 4k, pastinya video footage anda dirakam dengan butiran video anda di pasar yang baik dan jelas.

Dengan cadangan 5 aktiviti di atas bersama Sony FDR-X3000R Action Cam anda boleh mendokumentasi keseronokan anda mengembara dan pastinya pengalaman ini akan membuatkan rakan-rakan anda cemburu. Hey!!! Jangan lupa anda untuk kongsikan klip video ini di dalam akaun sosial media anda, yang pastinya akan membuatkan ramai orang tidak tidur lena dengan kecantikan video footage anda bersama Sony FDR-X3000R Action Cam Pastinya anda tidak lagi kecewa kerana setiap perjalanan anda dirakam dengan cantik dan jelas bersama Sony FDR-X3000R Action Cam yang boleh dikongsi kepada generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sony FDR-X3000R Action Cam anda boleh layari website Sony Malaysia.