Boleh dikatakan mereka yang memiliki kamera pasti mempunyai paling kurang sekeping memory card. Perkara paling ditakuti tiba-tiba memory card semasa sedang merakam foto, menunjukkan mesej Error atau sebelum sempat nak pindahkan fail di laptop, kad tidak boleh dibaca.

Jom kami senaraikan 10 tips penjagaan memory card yang praktikal. Ini mungkin boleh mencegah masalah yang akan berlaku kepada kita semua.

KEMASKINI FIRMWARE KAMERA ANDA
Dari semasa ke semasa pengeluar kamera akan mengemaskini firmware kamera anda. Kadang-kadang ini boleh menjejaskan cara merekod kamera anda ke memory card jika anda tidak rajin mengemaskini firmware.

MENGGANTIKAN BATERI KAMERA SEBELUM KEHABISAN BATERI. 
Sekiranya bateri kamera anda kehabisan semasa memori kad sedang menulis data, ianya boleh menyebabkan kad anda akan mengalami masalah ERROR atau corrupt (rosak). Oleh itu, pastikan anda cepat-cepat menukar bateri apabila pada meter bacaan telah rendah.

JANGAN SWITCH OFF KAMERA TERLALU CEPAT
Sama juga seperti alasan di atas, sebelum anda switch off kamera pastikan memory card anda telah habis menulis data dari kamera. Jika anda terus switch off sebaik sahaja selepas anda merakam foto, besar kemungkinan untuk memory card anda mengalami masalah ERROR atau corrupt (rosak) adalah tinggi. Sebaiknya anda berikan masa sekitar 10-15 minit (masa bergantung kepada kelajuan menulis data memory card anda) sebelum switch off kamera.

SENTIASA FORMAT SEBELUM PENGGUNAAN SETERUSNYA
Sentiasa format memory card sebelum anda mula merakam. Ini membolehkan komunikasi yang optimum antara memory card dan kamera anda. Pemformatan tidak lebih daripada memadamkan imej sebelumnya dan penting untuk menghalang sebarang isu semasa kamera anda menulis data pada memory card.

KAHWINKAN KAD ANDA DENGAN KAMERA
Untuk benar-benar menjaga memory card dalam jangka panjang yang sihat serta bertahun-tahun lamanya dan secara teori mencegah masalah yang lebih sedikit dengan fail yang rosak, menetapkan kad untuk tinggal dengan satu kamera sahaja. Ini adalah kerana, setiap kamera mempunyai cara bacaan yang berbeza dan ianya boleh mengganggu struktur fail dalam memory card. Isu boleh timbul dengan kad tidak berupaya membaca semua fail dan boleh merosakkan kesihatan kad tersebut. Sekiranya boleh, simpan satu kad dengan kamera yang sama.

JANGAN RAKAM APABILA KAD TELAH PENUH
Berhenti merakam apabila kad anda hampir dipenuhi. Jika anda terus mengisi kad anda, ia boleh menyebabkan kamera anda tidak menulis sepenuhnya semua data fail rakaman ke memory card. Ia juga boleh menyebabkan kad anda akan mengalami masalah ERROR atau corrupt (rosak).

JANGAN PADAM FAIL SEMASA DI KAMERA SEBELUM MEMUATNAIK DALAM KOMPUTER
Teori di sebalik  garis panduan ini ialah memadam fail dari kad anda sebenarnya akan memendekkan jangka hayat memory card. Walaupun anda merakam foto yang tidak bagus, sebaiknya anda tidak terus memadam satu-satu fail di dalam kamera. Ianya lebih baik anda memadam fail tersebut selepas memuatnaik di dalam komputer dan seterusnya memformat memory card sekaligus hanya memadam satu jangka hayat. Berbanding anda memadam satu per satu fail dalam kamera yang memadam banyak jangka hayat kad tersebut.

PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN KAD MEMPUNYAI KELAJUAN CEPAT
memory card yang mempunyai kelajuan yang cepat membolehkan kamera anda menulis ke kad anda lebih cepat dan membolehkan bacaan dan kelajuan muat naik fail yang lebih pantas ke komputer. Untungnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, harga memory card berkelajuan cepat boleh didapati dengan murah. Dapatkan memory card yang terpantas dan sentiasa ada lebih dari satu kad sebagai back up dan cukup memori semasa merakam.

BERHENTI MERAKAM APABILA KAMERA ATAU KAD MENUNJUKKAN TANDA ERROR
Berhenti merakam apabila kad atau kamera anda menunjukkan tanda mesej ERROR di skrin kamera. Keluarkan memory card terus dari kamera. Dengan cara ini, sekurangnya anda boleh menyelamatkan fail di dalam memory card dengan bantuan perisian pemulihan data.

PULIHKAN DATA JIKA PERLU
Apakah yang anda perlu lakukan jika tiba-tiba anda terformat kad anda sebelm sempat memuatnaik ke dalam komputer? Nasib anda baik kerana ada beberapa program perisian memory card seperti Sandisk mempunyai perisian yang boleh memulihkan data anda. Selain itu, anda boleh membeli perisian berbayar daripada syarikat lain juga. Sebaiknya, selepas anda format kad tersebut, jangan terus menggunakannya untuk rakaman sekiranya ingin mendapatkan semula data yang telah diformat.

Semoga dengan 10 tips ini membantu anda menjaga memory card dengan baik.