Secara rasminya Fujifilm mengumumkan kamera mirrorless medium formatnya yang telahpun digembar-gemburkan dalam media sejak Jun lalu. GFX 50S, kamera pertama dalam siri GFX baru ini adalah 51.4 megapixel; ” akan menyampaikan kualiti imej yang tidak dapat ditandingi dan luar biasa, “kata Fujifilm.
Gambar yang ditangkap dengan kamera diproses melalui X-Processor Pro Fuji, yang mempunyai keupayaan yang baik dari segi warna dan ton warna.
Antara ciri-ciri GFX 50S
- format sensor baru Fujifilm G; berukuran 43.8×32.9mm yang menawarkan resolusi 51.4 Megapixel
- Sensor boleh disesuaikan dengan pelbagai ratio; 4:3 adalah tetapan tetap, tetapi anda boleh memilih untuk menukarkannya kepada 3:2, 1:1, 4:5, 6:7, and 6:17
- Ergonomik, kompak dan ringan dengan berat 800g
- Viewfinder yang boleh ditanggalkan dari kamera
- tahan debu dan boleh beroperasi serendah 14 darjah Fahrenheit \ -10 darjah Celsius
- GFX 50S akan menggunakan siri lensa Fujinon GF Siri yang terbaru, spesifik direka untuk G mount
- Akan ada 6 lensa baru iaitu; 63mm f/2.8 , 32-64mm , 120mm f/4, 110mm f/2, 23mm f/4 , dan 45mm f/2.8.
Khabarnya kamera ini akan mula dijual pada awal 2017. Harga juga masih belum diumumkan secara rasmi kepada umum. Harap bersabar la yee. Apa-apa pun kamera ini menarik perhatian juga, kami menjangkakan harga akan bermula sekitar 35k memandangkan Fuji telahpun memberikan sedikit bayangan bahawa harga adalah di bawah $10,000usd.