Fujifilm telah membawa filem segera Instax ke dalam dunia fotografi hitam dan putih dengan pelancaran Instax Mini Filem Monochrome yang baru. Menurut Kenji Sukeno (Presiden FUJIFILM) “instax mini film monochrome” bakal dilancarkan diseluruh dunia sekitar bulan oktober 2016.

“Instax Mini Film Monochrome ini dibangunkan berdasarkan permintaan yang semakin canggih dari pengguna,” Fujifilm berkata lagi, “ia bakal membolehkan mereka mengembangkan potensi ekspresi seni fotografi mereka dan menambahkan satu dimensi yang menyeronokkan untuk mereka menggunakan kamera Instax dan filem.”

 

pic_01
Seperti mana instax mini berwarna, instax mini monochrome yang baru ini juga didatangi dengan 10 keping filem didalam satu pek.
Setakat ini harga untuk filem ini tidak didedahkan lagi, tetapi mungkin ia sama seperti harga Instax Mini Film yang berwarna mereka di dalam lingkungan USD 0.60 sen atau sekitar RM 2.50 untuk sekeping filem.