FOTOJURNALIS BELANDA DITEMBAK MATI DI LIBYA

0
602

Seorang fotojurnalis Belanda, Jeroen Oerlemans telah ditembak mati oleh pengganas ISIS pada ahad lalu di Libya. Beliau yang berusia 45 tahun telah diculik bersama dengan rakan sekerjanya John Cantlie pada tahun 2012,dan telah dibebaskan seminggu kemudiannya. Namun insiden tersebut tidak pernah mematahkan semangat beliau dalam kerjayanya. Jeroenn Oerlemans adalah seorang fotojurnalis yang sangat berpengalaman dan pernah merakamkan gambar peperangan meliputi peperangan di Afghanistan, Syria dan Libya, dan baru-baru ini merakamkan gambar nasib pendatang yang cuba untuk sampai ke Eropah.

Ia amat sukar dan berbahaya bagi fotojurnalis untuk bekerja di Libya, dalam keadaan huru-hara sejak pemberontakan 2011 yang menggulingkan dan membunuh pemimpin Libya Muammar Gaddafi. Kebanyakan negara ini diperintah oleh campur aduk puak militan tempatan.

Inilah cabaran bagi mereka yang bekerja sebagai jurufoto peperangan. Apa-apa pun tanpa usaha mereka, kita tidak dapat lihat realiti gambaran sebenar kisah peperangan. Dalam apa-apa bidang pun pasti ada cabaran, yang pasti semangat juang yang tinggi seperti beliau amat disanjung tinggi.