FOTOGRAFER INI MEMBINA LENSA DARI CETAKAN 3D!

0
530

Pernahkan anda terfikir untuk membina lensa kamera sendiri?. Mathieu Stern, seorang jurugambar dari Perancis telah mengunakan lensa 3D bercetak buatan sendiri. Idea ini tercetus kerana beliau meminati mengumpul lensa murah dan luar biasa. Stern mempunyai saluran di Youtube, yang membincangkan dan mengkaji banyak lensa yang dia pernah jumpai.

 

3d-printed-lens

 

Proses mewujudkan kanta melalui percetakan 3D melibatkan usaha bersama-sama prototaip kadbod, menggunakan kaca dari kanta tahun 1890-an dalam koleksi beliau.Dengan ukuran protaip lensa itu, Stern bertemu dengan CEO Faboulus, Arnault Coulet untuk menjadikan lensa itu kepada realiti. Sebagaimana Stern berkata, “[Coulet] melihat segala potensi gila dan menyeronokkan yang boleh dibuat dengan projek ini”

Stern dan Fabulous bekerja bersama-sama pada reka bentuk, yang telah disediakan untuk kamera bingkai cermin penuh. Pengiraan terbaik Stern, lensa ini adalah pada 135mm 1.8.

 

photographer-3d-print-own-lensHasil lanskap dari lensa 3D itu

 

02shHasil potret dari lensa yang sama