compatible-with-main-image

Akhirnya selepas beberapa bulan GoPro mengusik kita dengan teasernya, pada hari ini mereka telah memperkenalkan Karma pada umum. Seperti yang kami telah nyatakan sebelum ini quadcopter ini yang mempunyai reka bentuk yang anggun dan padat, dengan bilah kipas yang boleh dilipat yang membolehkan dia dimuatkan kedalam beg dengan mudah. Drone Karma ini seperti dijangka amat mudah untuk diterbangkan, ini kerana reka bentuk pengawal jarak jauhnya yang menyerupai pad permainan video dan antara muka yang mudah untuk digunakan.

 

karma_9-0

 

GoPro berkata ia tidak mahu merumitkan perkara, dan itulah sebabnya menu pengawalnya adalah mudah dan tidak mengelirukan. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan Karma untuk pergi dari titik A ke titik B, selama mana anda mahu ia terbang, dengan beberapa sentuhan pada skrin. Terdapat juga dua butang fizikal utama pada alat kawalan jauh , satu untuk memulakan dan menghentikan drone dan satu lagi untuk ia kembali ke titik pelancaran asalnya.

karma_13-0

 

Drone GoPro Karma ini boleh dipasangkan dengan GoPro Hero5 Black yang turut sama dilancarkan atau pun versi lebih kecil iaitu GoPro Hero5 Session. Ia juga boleh dipasangkan pada GoPro Hero4 juga. GoPro telah meletakkan Karma pada harga $799 usd untuk drone sahaja, atau $999 dan $1,099 untuk pakej bersama Hero5 Session atau Hero5 Black. Ia bakal dipasarkan dalam masa beberapa minggu lagi, yakni sekitar 23 Oktober 2016.

 

karma_8-0 karma_1-0 karma_7-0 karma_6-0 karma_5-0