Spesifikasi Canon EOS 5D Mark IV kini mendapatkan pengesahan dari CR (Canon Rumours) lagi. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, ia akan mempunyai 30MP baru dengan sensor bingkai penuh (Full Frame Sensor). Apa yang memeranjatkan kami adalah ia tidak akan disertakan dengan slot memori kad CFast, hanya slot Compact Flash / Kad SD. Dan dikhabarkan imej dari Canon EOS 5D Mark IV akan kelihatan sama seperti Canon EOS 5D Mark III.

Spesifikasi Canon EOS 5D Mark IV:

  • 30.4mp
  • 7fps
  • Slot Compact Flash/SD Card (Tiada CFast)
  • Wifi terbina
  • 24/30fps @ 4K
  • 60fps @ 1080
  • 120fps @ 720
  • 4:2:2
  • 8bit 500mbps MJPEG
  • USB 3.0
  • Pengkalan kabel lepasan telah dipindahkan kepada bahagian hadapan kamera dimana tanda “Mark XX” berada.
  • Lebih banyak fungsi pada skrin sentuh berbanding Canon EOS 1D X Mark II.
  • Selain dari itu perubahan ergonomik baru, adalah seperti “Locking switch” yang baru pada bahagian belakang kamera.
  • Fungsi GPS terbina.

Menurut CR, harga pelancaran untuk 5D Mark IV untuk badan kamera sahaja adalah sekitar USD 3,299.00 , ia adalah USD 200 lebih murah daripada 5D Mark III pada majlis pelancarannya. Terdapat dua kit lens untuk model kali ini, pertama Lensa EF 24-70mm f/4L IS USM dan yang kedua ialah Lensa EF 24-105mm f/4L IS II USM.