Home Featured BICARA BAKAT BARU : ZANARIAH SALAM

BICARA BAKAT BARU : ZANARIAH SALAM

0
BICARA BAKAT BARU : ZANARIAH SALAM
Inle Lake, Myanmar Sony Nex 5N | E 10 – 18mm F4 OSS | Aperture : f/5.6 | Shutter Speed : 1/1600 sec | ISO :100

Bicara bakat baru adalah ruangan baru di dalam portal Grxfia.com. Ruangan ini adalah bual bicara bersama bakat-bakat baru di dalam industri yang mempunyai pencapaian dalam bidang fotografi, videografi ataupun senireka sebagai sumber inspirasi kepada yang lain. Untuk bulan Oktober ini, kami bawakan seorang jurufoto wanita yang amat berbakat besar di dalam bidang fotografi iaitu Zanariah Salam.

10653380_901966299830675_7193552602527691228_n

Ceritakan sedikit mengenai diri anda?

Hai, nama saya Zanariah Salam. Berasal dari Pontian, Johor dan kini menetap di Johor. Fotografi merupakan hobi sampingan masa lapang saya disamping sebagai tiket kepada saya untuk mengembara ke negara orang lain.

Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan, Malaysia Sony A77 | 70-300mm F4.5-5.6 G SSM | Aperture : f/5.6 | Shutter Speed :1/125 sec | ISO : 125
Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan, Malaysia
Sony A77 | 70-300mm F4.5-5.6 G SSM | Aperture : f/5.6 | Shutter Speed :1/125 sec | ISO : 125

Bila dan bagaimana anda bermula dengan fotografi?

Ianya bermula pada akhir Desember 2009 setelah tertarik dengan rakan-rakan sepejabat yang membeli ‘gadget’ kamera dan merakamkan gambar-gambar yang menarik. Setelah membuat perbandingan dengan beberapa jenama kamera, akhirnya saya memilih kamera Sony A330 sebagai kamera DSLR pertama saya.

KampungRusirani, India Sony A6000 | E 16 – 70mm F4 ZA OSS |Aperture : f/4 | Shutter Speed : 1/125 sec | ISO :3200
Kampung Rusirani, India
Sony A6000 | E 16 – 70mm F4 ZA OSS |Aperture : f/4 | Shutter Speed : 1/125 sec | ISO :3200

Bidang/genre fotografi yang anda minat dan kenapa?

‘Travel’, ‘nature’ dan ‘human interest’. Lebih santai, dekat dengan alam semulajadi dan dapat mengenal kebudayaan dan cara hidup masyarakat lain.

Mingun,Myanmar Sony Nex 5N | E 16 – 70mm F4 ZA OSS | Aperture : f/4 | Shutter Speed : 1/3200 sec | ISO : 200
Mingun, Myanmar
Sony Nex 5N | E 16 – 70mm F4 ZA OSS | Aperture : f/4 | Shutter Speed :
1/3200 sec | ISO : 200

Ceritakan serba sedikit pencapaian anda dalam fotografi?

Pernah memenangi beberapa pertandingan fotografi di Malaysia sejak 2012, dan antara yang terbaru sekali adalah pertandingan #CantiknyaMalaysia #HuaweiBestWei anjuran Media Prima (TV3) dan Huawei. Diperingkat antarabangsa pula, pernah memenangi Social Media Award 2015 Travel Photography Asia (TPA), Top 50 TPA 2015 dan juga Top 200 Garuda International Photo Contest 2014. Selain itu, saya juga pernah dijemput oleh pihak S2S (Street 2 Street) untuk terlibat sama dalam pameran fotografi yang dianjurkan oleh mereka, antaranya adalah Pameran Poskad Dunia “Pameran Fotografi Bersaiz Poskad Terbanyak di Malaysia” di Matic KL pada 26hb September – 31hb Oktober 2016, Pameran Fotografi Wanita Muda (PWTC, 24hb September 2016), Pameran Fotografi dari Lensa Safirah Rashid dan Rakan-rakan di Matic KL pada 15hb Julai – 31hb Julai 2016, “World Travel Photo Exhibition” di Underwater World Langkawi dari 4hb December 2015 – 3hb Jan 2016 dan juga Pameran Fotografi Solo saya di Studio Zaloon Pudu Plaza, KL pada 1hb Mei – 31hb Mei 2015 yang bertemakan “Sense of Place – India”.

InleLake, Myanmar Sony Nex 5N | E 10 – 18mm F4 OSS | Aperture : f/5.6 | Shutter Speed : 1/1600 sec | ISO :100
Inle Lake, Myanmar
Sony Nex 5N | E 10 – 18mm F4 OSS | Aperture : f/5.6 | Shutter Speed :
1/1600 sec | ISO :100

Siapa dan apa yang memberikan inspirasi kepada anda dalam fotografi?

Ramai icon fotografi di Malaysia yang saya kagumi akan hasil ‘artwork’ mereka. Dan ‘artwork’ mereka saya jadikan panduan dan rujukan terutama dari segi komposisi, pencahayaan dan penceritaan dalam gambar sebelum saya mengetik butang ‘shutter’. Selain itu, koleksi buku-buku mahupun ebook fotografi turut saya rujuk.

CemoroLawang, Bromo, Indonesia Sony A77 | 70-300mm F4.5-5.6 G SSM | Aperture : f/11 | Shutter Speed : 1/80 sec | ISO : 50
Cemoro Lawang, Bromo, Indonesia
Sony A77 | 70-300mm F4.5-5.6 G SSM | Aperture : f/11 | Shutter Speed :
1/80 sec | ISO : 50

Apakah kamera yang anda gunakan sekarang?

Sony A6000 dan Sony Nex 5N.

Guilin,China Sony A6000 | E 16 – 70mm F4 ZA OSS | Aperture : f/6.3 | Shutter Speed : 1/15 sec | ISO : 100
Guilin, China
Sony A6000 | E 16 – 70mm F4 ZA OSS | Aperture : f/6.3 | Shutter Speed :
1/15 sec | ISO : 100

Apakah peralatan lain selain kamera yang anda gunakan?

Sudah semestinya ‘smartphone’, kerana keupayaan fungsi kamera yang ada pada ‘smartphone’ menjadi latih tubi pada saya untuk memantapkan lagi ‘art of seeing’ saya.

MasjidSelat, Melaka, Malaysia Sony A6000 | E 10 – 18mm F4 OSS | Aperture : f/8 | Shutter Speed : 3.2 sec | ISO : 100 | Menggunakan applikasi yang terbina dalam kamera A6000 (Smooth Reflection)
Masjid Selat, Melaka, Malaysia
Sony A6000 | E 10 – 18mm F4 OSS | Aperture : f/8 | Shutter Speed : 3.2 sec
| ISO : 100 | Menggunakan applikasi yang terbina dalam kamera A6000
(Smooth Reflection)

Adakah fotografi memberikan satu sumber pendapatan yang baik untuk anda?

Ia berbalik kepada apakah tujuan asal anda mengambil gambar. Jika asal tujuannya adalah untuk menambahkan pendapatan daripada ‘genre’ fotografi yang dipilih, itulah hasil yang akan anda dapati. Pada saya, fotografi memberikan sedikit ketenangan dan kelegaan kepada saya selepas seharian sibuk dengan rutin di pejabat. Dan peluang yang diberikan untuk terlibat sama dalam beberapa pameran fotografi sebelum ini banyak memberi pendedahan kepada saya disamping menambah kenalan yang mempunya hobi yang sama. Begitu juga dengan beberapa kemenangan dalam beberapa pertandingan sebelum ini, sedikit sebanyak ianya dapat memperbaiki ‘art of seeing’ dan juga penceritaan dalam gambar saya.

Johor,Malaysia Sony A700 | 90 mm F2.8 | Aperture : f/6.3 | Shutter Speed : 1/800 sec | ISO : 320
Johor, Malaysia
Sony A700 | 90 mm F2.8 | Aperture : f/6.3 | Shutter Speed : 1/800 sec |
ISO : 320

Apakah nasihat anda kepada jurugambar yang ingin bermula?

Tiada jalan pintas dalam fotografi untuk merakamkan gambar yang menarik dan mempunyai ‘wow’ faktor, walaupun menggunakan ‘smartphone’ terbaik didunia sekalipun. Saya pun masih belajar dan terus belajar. Selalulah mengambil gambar, praktis mata, belajar dengan mereka yang berpengalaman. Seni melihat perlu diasah selalu, dan lihatlah hasil karya orang lain untuk mendapatkan inspirasi dan rujukan kerana pada akhirnya, hanya anda sendiri yang tahu apakah genre/bidang fotografi yang bagaimana yang anda minati.

HawaMahal, India Sony Nex 5N | Samyang 8mm Fisheye | Aperture : f/5.6 | Shutter Speed : 1/320 sec | ISO : 200
Hawa Mahal, India
Sony Nex 5N | Samyang 8mm Fisheye | Aperture : f/5.6 | Shutter Speed :
1/320 sec | ISO : 200

Apakah rancangan anda di masa akan datang?

Pameran Fotografi Solo dan pusing satu dunia. Dan ada juga beberapa perancangan yang masih lagi dalam pelan idea,insyaAllah.

MtBromo, Indonesia Sony A77 | 70-300mm F4.5-5.6 G SSM | Aperture : f/8 | Shutter Speed : 1/1250 sec | ISO : 320
Mt Bromo, Indonesia
Sony A77 | 70-300mm F4.5-5.6 G SSM | Aperture : f/8 | Shutter Speed :
1/1250 sec | ISO : 320

 

error: Content is protected !!