National Geographic Channel telah melancarkan Uncover Malaysia, satu kempen bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia yang akan datang ini. Bermula pada 24 Ogos hingga 16 September 2017 di akan dsiarkan tayangan dokumentari menarik, dan rakaman Portraits Of Malaysia – siri rakaman video cerita-cerita yang mengelilingi rakyat, budaya, rasa dan sejarah negara kita.

Selain itu juga, mereka juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang foto daripada telefon pintar berdasarkan tema Uncover Malaysia di Facebook atau Instagram. Pemenang juga berpeluang memenangi hadiah peralatan fotografi bernilai RM12,000 dan satu tahun langganan majalah National Geographic. Manakala 30 foto yang terpilih pula akan menerima satu tahun langganan majalah National Geographic dan foto dipaparkan di laman Facebook Nat Geo Asia dan Nat Geo Channel!

Wow! Menarik kan. Anda cuma perlu hantar foto mengikut 4 tema pilihan dan paparkan dalam media sosial anda. Mana tahu tuah anda sebagai pemenang. Jom baca syarat lanjut program di halaman web Uncover Malaysia.