Sony perkenalkan lensa mereka yang ke 48, lensa untuk kamera APS-C siri E mount, yang mempunyai jarak fokus serba boleh 18-135mm dengan aperture F3.5-F5.6 dan penstabil optik SteadyShot ™.

Lensa baru (model SEL18135) mempunyai reka bentuk yang padat dan ringan yang hanya berukuran 67.2mm x 88mm dan beratnya pada 325g sahaja, serta pembesaran optik tinggi 7.5x optik yang meliputi panjang fokus luas 18-135mm pada kamera APS-C atau 27-202.5mm dalam jarak fokus setara 35mm. Kanta ini sesuai untuk kamera sensor APS-C popular Sony termasuk α6500, α6300 dan α6000, dan merupakan alat yang sangat berguna untuk pelbagai situasi rakaman yang luas dari kehidupan seharian hingga potret, landskap, alam dan fotografi perjalanan.

E 18-135mm F3.5-5.6 OSS menghasilkan ketajaman sudut-ke-sudut yang luar biasa di seluruh liputan zoom keseluruhan. Reka bentuk canggih yang memaparkan satu aspherical lens dan dua elemen Extra-low Dispersion glass  yang mengurangkan kesan aberrations. Lensa ini juga membolehkan jurugambar untuk menghasilkan imej yang rapat dengan ‘bokeh’ yang menyenangkan atau defocus latar belakang akibat nisbah pembesaran maksimum 0.29x dan jarak tumpuan minimum 0.45m. Ia juga menawarkan penstabilan imej optikal terbina dalam untuk menyokong rakaman dengan pegangan tangan.

Di samping itu, kanta 18-335mm F3.5-5.6 Zoom menawarkan prestasi AF yang pantas, tepat, dan senyap dengan motor linear, menjadikannya pelengkap sempurna untuk rakaman berkelajuan tinggi dan keupayaan video yang mengagumkan dengan menggunakan kamera mirrorless Sony.

Lensa SEL18135 akan tersedia di Malaysia dari akhir bulan Februari / awal bulan Mac 2018.

Sony juga akan mengeluarkan pilihan warna silver baru untuk kamera α6300 yang popular. Ianya berada di pasaran Malaysia dari akhir bulan Februari / awal bulan Mac 2018.