EyeEm telah mengumumkan pemenang pertandingan fotografi tahunannya, yang menerima lebih daripada 590,000 penyerahan daripada lebih 88,000 jurugambar di lebih 150 negara dalam masa kurang dari enam minggu. Ini menjadikannya pertandingan fotografi terbesar di dunia.

Enam pemenang kategori utama dan EyeEm Photographer of the Year 2017 telah diumumkan pada EyeEm Photography Festival & Awards yang Keempat di Berlin pada petang Sabtu lalu. Sasha Dudkina yang berusia lapan belas tahun dari Moscow, Rusia telah dipilih sebagai EyeEm Photographer of the Year 2017. Keenam kategori pemenang adalah seperti yang dipaparkan di dalam foto di bawah.

EyeEm Awards bertujuan untuk mencari dan mempamerkan bakat baru dari seluruh dunia,” kata Madeline Dudley-Yates, kurator utama untuk pertandingan tersebut. “Kami sentiasa mencari imej yang mempunyai penceritaan yang kuat , dan finalis tahun ini semuanya kaya dengan pelbagai cerita dan konsep yang luar biasa.”

EyeEm Awards telah diadili menggunakan teknologi pengiktirafan imej estetik EyeEm, kurator dan juri dengan wakil dari National Geographic, VII Photo Agency, Refinery29, BBC dan banyak lagi.

EyeEm Awards adalah percuma dan terbuka kepada jurugambar semua tahap kemahiran dan latar belakang. Foto dihantar melalui platform dan aplikasi web EyeEm. EyeEm Photography Festival & Awards tahunan keempat telah dilaksanakan dengan kerjasama Canon. Untuk maklumat mengenai edisi tahun hadapan, boleh lawati halaman web eyeem.com/festival.

Foto Utama Artikel adalah foto EyeEm Photographer of the Year 2017, Sasha Dudkina dari Moscow.

The Community category winner – Robert Torrontegui
The Photojournalist category winner – Ramin Mazur
The Portraitist category winner – Adeolu Osibodu
The Street Photographer category winner – Julie Hrudova
The Great Outdoors category winner – Guiga Pirá
The Architect category winner – Denise Kwong