Sony semasa program IFA 2017, telah melancarkan siri Action Cam mereka yang terbaru dikenali sebagai RX0. Action Cam ini menggunakan  teknologi yang ada di dalam kamera kompak Sony siri RX. Jom lihat lebih lanjut spesifikasi RX0 ini.

RX0 mempunyai berat hanya 110g dan ukuran 59mm x 40.5mm x 29.8mm (WxHxD). Ianya dibina dengan struktur kalis air (sehingga 33ft / 10m), shockproof (ketinggian 6.5ft / 2m), dan crushproof (dari berat sehingga 440lb / 200kg). Apabila menggunakan casing MPK-HSR1, RX0 boleh kalis air hingga kedalaman 100m. Wow, terbaik untuk mereka suka aktiviti sukan scuba -diving.

RX0 dilengkapi dengan teknologi Sony yang canggih dan mempunyai sensor imej15.3 MP6 Exmor RS CMOS berukuran 1 inci, pemprosesan BIONZ X® dan lensa tetap ZEISS® Tessar T * 24mm F4. Ia mempunyai Shutter Anti-Distortion sehingga 1/32000 saat, boleh merakam sehingga 16 fps, da juga mempunyai format foto RAW dan JPEG.

Untuk fungsi rakaman video RX0 boleh merakam video 1080p60 secara dalaman, atau clean 4K HDMI apabila dipasangkan dengan perakam luaran. Ciri-ciri lain seperti slow motion (sehingga 960fps), MF assist & Peaking, Preset Focus options, Picture Profile options, S-Log2, dan Time Code / User Bit features. Di bawah ini adalah video yang dirakam sepenuhnya menggunakan RX0.

Video di sebalik rakaman video di atas.

Keisitimewaan RX0 ini adalah dengan menggunakan Sony FA-WRC1M wireless radio commander, ianya boleh menyambungkan hingga 15 unit RX0 dalam satu masa. Manakala dengan menggunakan applikasi telefon Sony’s PlayMemories, anda boleh membuat penyambungan 5 unit RX0 serentak. Bagi pengguna yang mencari sambungan kabel yang lebih dipercayai, kotak kawalan kamera juga sedang dibangunkan dan akan dikeluarkan pada bulan Januari 2018.

RX0 akan masuk pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2017. Spesifikasi teknikal penuh boleh dilihat di sini. Harga dan aksesori baru boleh dilihat di halaman web www.sony-asia.com.