Photo Face-Off adalah program pertandingan fotografi yang mengetengahkan pertandingan jurugambar amatur di seluruh Asia Tenggara terhadap satu sama lain dan jurugambar profesional Face-Off iaitu Justin Mott yang disiarkan di saluran History. Program ini dibawakan oleh Canon Photomarathon dan hos program adalah Kelly Latimer yang juga orang Asia.

Dalam carian pemenang tersebut, Photo Face-Off Musim 4 akan berada di 5 negara dalam 5 episod yang disiarkan selama satu jam. Setiap negara akan menampilkan empat amatur tempatan yang bersaing antara satu sama lain, dan tentu saja bersaing dengan Justin Mott, dalam usaha untuk merebut tempat tunggal yang terdapat di Grand Finale musim 4 di Chiang Rai, Thailand.

Setiap episod mempunyai tiga cabaran foto hebat – Speed, Theme and Face-Off – semua direka untuk mendorong kemahiran, pengetahuan dan kreativiti para peserta.

Episod Grand Finale yang akan disiarkan selama satu setengah jam, diadakan di wilayah Chiang Rai, akan melihat 5 juara negara dan seorang peserta wild-card bertanding dalam siri terakhir 3 cabaran tersebut. Pemenang akan memenangi hadiah eksklusif dan mahkota Champion Face-Off Photo – Musim 4.

Untuk episod Malaysia akan ditayang pada 31 Ogos 2017 ini di History Channel jam 9 malam. Pelanggan Astro boleh menonoton di channel 555 atau HD 575. Jom lihat siapakah peserta Malaysia.

 NURFARZAANA HANAN FAREEHA, 18, PELAJAR

 SAFUAN BIN SALAHUDIN, 31, FREELANCER

 SHERYL NG, 19, PELAJAR

ANDY TAN LIANG SAM, 18, PELAJAR

Kami di Grxfia mengucapkan tahniah kepada mereka yang mewakili Malaysia dan semoga ada daripada peserta Malaysia memenangi pertandingan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai biodata peserta daripada negara lain dan senarai tayangan setiap episod, anda boleh layari website Photo Face-Off.