Nikon Photo Contest adalah salah satu pertandingan foto global yang telah diadakan sejak 1969. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk masyarakat yang beraspirasi dalam menyokong jurufoto dan pembuat filem yang ingin berkongsi cerita dan mempengaruhi cara pemikiran orang melalui gambar.

Melalui laman web mereka, pertandingan ini bakal membuka pintu penyertaan bermula pada 17 Oktober 2016 dan akan berakhir pada 1.00pm (Waktu Jepun), 27 Januari 2017. Tema terkini pertandingan ini adalah bersempena dengan menyambut ulangtahun Nikon yang ke-100 pada tahun 2017.

nikon-photo-competition-2016-17_web480

Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu Kategori Nikon 100th Anniversary yang bertemakan Perayaan dan Kategori Next Generation yang membawa tema Masa Hadapan bagi mereka yang berumur 30 tahun ke bawah. Neville Brody (pereka grafik dan pengarah seni) telah dipilih sebagai Ketua Juri bagi pertandingan kali ini (gambar di atas).

Untuk maklumat lanjut pertandingan boleh layari laman web Nikon Photo Contest.