Sebelas jurufoto bertuah akan menerima kit format medium Hasselblad selepas memenangi kategori yang dipertandingan dalam Hasselblad Masters Awards 2018. Hasselblad berkata jumlah jurufoto yang memasuki pertandingan tersebut meningkat sebanyak 175% tahun ini, dan sejumlah 31,500 imej telah diserahkan.

Sepuluh kategori telah ditetapkan , dengan kategori tambahan untuk jurufoto bawah 21 tahun.  Buat kali pertama kategori aerial dimasukkan, yang dimenangi oleh Jorge de la Torriente, seorang jurufoto dari Amerika Syarikat.

Penyertaan diterima menggunakan pelbagai jenis jenama kamera, dengan satu-satunya syarat bahawa peserta mestilah jurufoto profesional sekurang-kurangnya tiga tahun (selain daripada kategori bawah 21).

Senarai pemenang adalah seperti berikut :

  • Aerial – Jorge de la Torriente – Miami, USA
  • Architecture – Kamilla Hanapova – St. Petersburg, Russia
  • Art – Maria Svarbova – Bratislava, Slovakia
  • Beauty & Fashion – Michal Baran – Trim, Ireland
  • Landscape – Benjamin Everett – Lopez Island, USA
  • Portrait – Tina Signesdottir Hult – Torvastad, Norway
  • Product – Marcin Gizycki – Warszawa, Poland
  • Project//21 – Nabil Rosman – Kota Bharu, Malaysia
  • Street / Urban – Ben Thomas – Kyneton, Australia
  • Wedding – Victor Hamke – Leipzig, Germany
  • Wildlife – Karim Iliya – Haiku, USA

Kami di Grxfia juga mengucapkan tahniah kepada Nabil Rosman dari Kota Bharu, Malaysia kerana memenangi untuk kategori Projek 21.

Untuk maklumat lanjut, dan untuk melihat semua foto pemenang, boleh lihat video di bawah, atau lawati laman web Hasselblad.