DJI Spark atau Mavic adalah drone yang hebat untuk mereka yang pertama kali menggunakan. Tetapi jika anda mencari sesuatu yang lebih murah dan bajet di bawah RM500, DJI telah melancarkan sebuah lagi drone yang dikenali sebagai Tello. Drone ini dibangunkan oleh Ryze Tech (syarikat start-up China) yang menggunakann teknologi DJI dan Intel. Tello mudah sahaja untuk terbang, malah mendorong kanak-kanak untuk belajar bagaimana untuk mengendalikannya.

Mempunyai spesifikasi asas dengan kamera HD 720p yang boleh mengambil gambar pada 5MP. Berat hanya 80 gram iaitu lebih kurang 1/4 berat daripada DJI Spark. Dengan kebesaran 98mm x 92.5mm x 41mm, dan akan menampilkan kipas 3-inci, dan juga akan dilengkapi dengan fungsi seperti  range finder, barometer, LED, sistem penglihatan, WiFi, dan banyak lagi. Walaupun tidak mempunyai gimbal, Tello mempunyai penstabilan imej elektronik.

Drone Tello mempunyai jarak penerbangan maksimum 100m, kelajuan maksimum 8m / s, dan waktu penerbangan maksimum 13 minit. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat melalui laman web DJI.