DJI mengeluarkan satu video teaser mengenai pelancaran model baru drone yang akan diumumkan pada 23 Januari 2018 ini melalui pautan Youtube mereka. Tidak banyak maklumat yang boleh dijangkakan, hanya video teaser dengan beberapa muzik dramatik, rakaman footage drone yang pastinya menunjukkan ciri spesifikasi drone baru tersebut.

Tetapi menurut DroneDJ, syarikat drone Cina itu dikhabarkan mengumumkan sebuah drone “Mavic Air” yang baru, berkemungkinan menggantikan model Mavic Pro Ultra mudah alih sedia ada dan akan menjadi lebih kecil, lebih cepat, dan lebih ringan.

Menurut FStoppers pula, mereka mengandaikan bahawa dengan teaser video bertemakan  “Adventure Unfolds,” juga sebagai pengganti model baru Mavic Pro yang dengan reka bentuk yang kecil, kamera dinaik taraf seperti Phantom 4 dan mungkin ciri kalis cuaca (weather-resistance).

Sama-sama kita nantikan 23 Januari ini. Jom lihat teaser video DJI di bawah ini dahulu.