CASEY NEISTAT MENCUBA DRONE KARMA BARU DARI GOPRO!

0
616

Beberapa hari lepas GoPro telah mengumumkan drone baru mereka iaitu Karma bersama-sama dengan kamera aksi Hero5 dan gimbal tambahan. Casey Neistat juga berjaya mendapatkan prototaip awal drone Karma itu dan beliau sempat menguji prototaip itu di bandaraya New York.

Daripada video itu kita dapat melihat segala-galanya tentang drone Karma itu. Ia kelihatan seperti murah untuk disediakan, hanya perlu masuk bateri dan gimbal yang disertai dgn Hero5 dan itu saja anda sudah bersedia untuk gunakannya. Size drone itu juga sangat ideal, kakinya dan tangan kipasnya boleh dilipat keluar dan masuk.

Kita juga dapat melihat Casey mengeluarkan gimbal kamera itu dan meletakan ia didada beliau. Dan beliau merakamkan nya ketika beliau sedang meluncur laju diatas papan luncurnya, dan kita dapat melihat bawaha rakaman itu sangat lancar walaupun di jalan raya yang berbatu batu penstabilan gimbal itu masih bagus. Tanpa membaca manual atau mendapat apa-apa bantuan dari pihak GoPro, Casey berjaya menerbangkan drone Karma itu sekitar untuk mendapatkan rakaman ujian pada percubaan ketiganya.

Setakat ini kita dapat melihat prototaipnya berfungsi dengan sangat baik. Mungkinkah drone ini bakal mencabar jenama drone terkenal yang lain setelah ia dipasarkan? Mari kita tunggu sama-sama pada bulan hadapan!