Beberapa hari yang lepas, Bandar Los Angeles telah mengeluarkan sebuah iklan mencari pereka grafik melalui akaun Twitter dan Instagram mereka. Iklan tersebut menarik perhatian pereka grafik, yang dilihat sebagai kesilapan reka bentuk yang buruk, iklan yang kelihatan seperti ia dilakar dalam Microsoft Paint atau perisian reka bentuk grafik bebas lain.

Namun mungkin iklan ini boleh jadi sebuah iklan yang genius. Ya, ianya nampak mengerikan, tetapi itulah maksudnya. Ia mungkin berkomunikasi secara tidak langsung bahawa pasukan mereka sangat memerlukan pereka grafik untuk membuat iklan yang lebih baik.

Pada masa ini Tweet iklan tersebut mempunyai lebih daripada 73,000 likes dan 29,000 tweet.