Selepas 10-minggu melancarkan pencarian global duta bersama AirAsia dan Sony, jenama perjalanan dan teknologi visual terkemuka itu mengumumkan di majlis gilang-gemilang yang berlangsung dan gelaran duta bersama selama setahun tersebut adalah milik Aisha Nazar yang berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur dengan penyertaan cerita visual yang telah menarik perhatian juri profesional. Pencarian ini menerima lebih dari 700 penyertaan dari seluruh dunia.

Ketua Kumpulan Komersial AirAsia X Barry Klipp berkata, “Hampir 11 tahun kami membolehkan penerbangan tambang rendah jarak jauh, yang telah membolehkan para tetamu kami terbang lebih jauh dengan tambang rendah. Melihat pelbagai cerita visual yang dikongsi menerusi pencarian duta bersama Sony yang diadakan buat julung kalinya dari para tetamu kami adalah amat menyentuh hati. Cerita-cerita inspirasi seperti ini adalah contoh yang tepat terhadap perkara yang mendorong kami untuk terus memperluaskan rangkaian jarak jauh kami dan memenuhi janji ‘now everyone can fly extra long’. Saya juga mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada pihak Sony atas sokongan dan semangat yang dijuntujukan menerusi kerjasama ini dan tahniah kepada semua finalis termasuk duta bersama kami yang kini mempunyai peluang berharga seumur hidup.”

Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai berkata, “Kita dapat melihat minat mendalam bidang fotografi dan pengembaraan berkembang dengan pesat, lebih ramai kini boleh menghasilkan foto berkualiti tinggi dengan nilai estetika yang luar biasa untuk memberitahu cerita perjalanan yang penuh inspirasi dengan teknologi visual terkini seiring dengan penyertaan yang kami terima menerusi pencarian duta bersama ini. Harapan kami adalah untuk mengekalkan minat mendalam terhadap fotografi sentiasa meningkat supaya lebih ramai dapat berkongsi keindahan dunia ini melalui lensa kamera mereka ketika mengembara.”

Bagi mengalakkan pengembaraan, AirAsia menawarkan promosi istimewa selama dua minggu bagi kesemua destinasi dengan potongan sebanyak 70%. Para tetamu boleh menempah di airasia.com bermula 28 Oktober 2018 untuk perjalanan segera atau sehingga 30 Jun 2019.

Duta bersama yang baru sahaja dilantik Aisha Nazar akan terbang ke Tokyo dengan tempat duduk Premium Flatbed AirAsia yang telah memenangi pelbagai anugerah untuk lawatan eksklusif ke makmal teknologi Sony untuk melihat teknologi dan ciptaan masa depan mereka yang belum didedahkan kepada umum. Selain itu, beliau akan melalui pengalaman yang tidak dapat dibeli menjalani program sepanjang tahun penuh bersama Sony dan membawa pulang kamera terbaru mereka tanpa skrin Sony Alpha A7 III K serta fon kepala (headphone) tanpa wayar Sony hear on 2 yang keduanya bernilai lebih dari RM10,000.

Sebagai lanjutan dari kempen #ThroughTheLens, pencarian duta besama sony ini menerima lebih daripada 700 penyertaan dari seluruh dunia yang memaparkan pelbagai destinasi AirAsia menerusi laman throughthelens.airasia.com . Sembilan finalis yang disenarai pendek juga menerima hadiah istimewa termasuk penerbangan pergi balik dari AirAsia X dan kamera Sony RX100V bernilai RM4,299 setiap satu.

Artis terkenal tempatan, Elfira Loy, Alvin Chong, Izara Aishah, Zahirah MacWilson dan Che Puan Juliana Evans pula diumumkan sebagai wajah bagi kempen AirAsia #ThroughTheLens yang memaparkan video perjalanan yang dibintangi mereka ke destinasi popular AirAsia seperti Xi’an, Tokyo, Amritsar, Taipei dan Seoul. Peminat boleh menonton video mereka di airasia.com/throughthelens

Untuk maklumat mengenai promosi dan aktiviti terkini AirAsia,layari Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia)