BENGKEL SONY ALPHA GIRLFRIEND DI PETER & MAWAR TERBAIK!

0
1206

Kali ini kami dijemput untuk menghadiri bengkel percuma dari Sony sekali lagi. Bengkel percuma ini ialah Sony Alpha Girlfriend. Seperti namanya bengkel ini adalah khas buat perserta wanita dan ia juga menyasarkan penguna kamera digital permulaan dan amatur. Bertempat di Peter & Mawar, Sunway Nexis, ia merupakan lokasi yang sangat sesuai dan comel bagi kami, bertepatan dengan tema bengkel ini. Ini merupakan sebuah pengalaman yang unik dan istimewa buat kami dari Grxfia.

img_6162

Bengkel ini adalah antara yang pertama pernah pihak Sony Malaysia anjurkan khas untuk pelangan wanita mereka, di antara acara dan bengkel yang mereka selalu anjurkan diseluruh Malaysia. Acara satu hari ini telah mengumpulkan seramai 38 orang peserta wanita, di sini mereka akan di ajar tentang seni fotografi dan juga mengasah bakat mereka dalam kemahiran mengambil gambar potret dan juga makanan.

img_6228

Bengkel ini telah diterajui oleh beberapa tenaga pengajar profesional antaranya En. Wong Mun Hoo, beliau merupakan seorang fotografer profesional Sony. Beliau mengendalikan bahagian potret. Manakala dua orang pakar fotografi dari Sony yakni En, Shaiful Baker dan En. Michael Chee mengendali bahagian fotografi makanan dan pengayaan makanan.

Di acara ini juga peserta telah dibekalkan dengan kamera dari sini Alpha iaitu dari model A5000 yang kompak tetapi mempunyai prestasi yang unggul.

img_6268 img_6252 img_6262

MySony adalah program yang dicipta untuk mengmaksimakan pengalaman Sony untuk kedua-dua penguna produk(Premier Member) dan juga penguna awam (Savvy Member). Ahli MySony dapat menikmati pelbagai bengkel fotografi menarik, jemputan khas, memenangi hadiah hebat, berita terkini dan banyak lagi. Untuk menjadi ahli MySony anda boleh mendaftar di MySony secara percuma. Anda juga boleh mengikut perkembangan terbaru Sony Malaysia di facebook dan juga Instagram!

Secara keseluruhan program ini sangat seronok dan kami lihat ia adalah antara program MySony yang berjaya dan menarik. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya pada masa akan datang!

img_6240 img_6188 img_6170