BENGKEL PERTAULIAHAN SKM SECARA PPT (FOTOGRAFI ATAU GRAFIK)

0
1901

Berita baik kepada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Fotografi mahupun Grafik yang ingin mengiktiraf diri sebagai salah seorang pekerja mahir Malaysia sepertimana yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Malaysia (SKPK) dan tanpa mengikuti kelas secara formal.

Satu bengkel berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bakal diadakan seperti berikut :

Tarikh : 30 September 2017 (Sabtu)

Waktu  : 9 pagi – 5 petang

Tempat : Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL)

Dalam bengkel ini, tuan puan akan dibimbing sepenuhnya oleh Saudara Shamsul Kamal Hj Zakaria dalam penyediaan portfolio, khidmat perundingan SKM, urusan ke JPK hinggalah selesai sesi pentauliahan SKM.

Untuk maklumat lanjut boleh layari disini http://bit.ly/BengkelSKMPPT