BAGAIMANAKAH “BURGER DROP” INI BUKAN KESAN KHAS CGI?

0
434

 

Pernahkah anda melihat burger yang jatuh secara gerak perlahan, dan inti-intinya
terapung di udara lalu tersusun rapi diatas satu sama lain lalu membentuk burger yang
sempurna? Nah, itu dikenali sebagai “Burger Drop”, dan anda boleh melihatnya di dalam
hampir mana-mana rangkaian restoran burger yang terkenal.

 

slow-motion-burger-drop-machine-steve-giralt-1

“Kami mengambil masa dan mungkin sehingga 10 cubaan untuk mendapatkan susuan yang
baik” Steve memberitahu Bored Panda

 

Kebanyakannya ia dibuat menggunakan CGI atau kesan khas, kerana ia lebih mudah. Tetapi
untuk Steve Giralt, seorang fotografer/pengarah kelahiran Miami memutuskan untuk
melakukan ia dengan cara yang susah. Bukan sahaja dia membuat keputusan untuk membuat satu tanpa CGI/VFX- dia sebenarnya dibina keseluruhan mesin khusus untuk melaksanakan “Burger Drop” yang sempurna.

 

slow-motion-burger-drop-machine-steve-giralt-6

Steve Giralt, lebih suka melakukannya secara manual, kerana ia lebih seronok.

 

slow-motion-burger-drop-machine-steve-giralt-10

“Pendaratan yang sempurna hanyalah dapat dicapai pada cubaan ke-4!”

 

slow-motion-burger-drop-machine-steve-giralt-11

“Bagi perlanggaran antara sos tomato dan sos mustard, kami memerlukan sehingga 20 kali
cubaan”

 

Alat yang dimaksudkan itu dinamakan sebagai “Precision Arduino Timing Relay Imaging
Controller”, tetapi and boleh saja memanggilnya sebagai P.A.T.R.I.C . Dan seperti yang
anda boleh lihat dari video di bawah, P.A.T.R.I.C mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasil yang tepat dan sempurna, tetapi apabila ia mencapainya ia adalah
sesuatu yang menakjubkan!

 

slow-motion-burger-drop-machine-steve-giralt-22

P.A.T.R.I.C dan burgernya.