ADA APA FUJI DAN 19 SEPTEMBER?

0
642
Ktrdit gambar : pexel.com

Dari khabar angin mengatakan yang Fuji akan mendedahkan kamera medium-format sewaktu acara Photokina tahun ini yang akan berlangsung pada 19 September 2016.

Satu sumber yang dipercayai memberitahu FujiRumors yang  kamera berformat medium ini telah mendapat lampu hijau kembali pada bulan Januari, dan bahawa ia akan menjadi lebih murah daripada Hasselblad X1D. Satu sumber berkata bahawa sistem itu akan menjadi mirrorless, dan akan dilancarkan dengan 3 lensa. Akhir sekali, sumber terbaru telah mengesahkan dua laporan sebelum ini, sambil menambah:

-Kamera akan mempunyai satu sensor 50 megapiksel.
-Akan disediakan pada tahun 2017
-Akan diumumkan pada Photokina, khususnya pada sidang akhbar telah dijadualkan pada 19 September ini
-Akan kelihatan seperti DSLR
-Dan akan tiba bersama 2 lensa prime dan 1 lensa zoom.

Fuhhh.. pasti ini akan membuatkan peminat Fuji tidak senang duduk menantikan sidang akhbar pada 19 September ini. Sama-sama kita nantikan.