9 BANDAR INSPIRASI UNTUK FOTO BERTEMA WARNA-WARNI

0
1127

Terdapat banyak unsur-unsur yang menjadikan visual bandar menarik untuk jurugambar seperti : seni bina, taman, orang dan juga makanan. Unsur-unsur ini memberikan bandar tersebut mempunyai karakternya yang tersendiri itu. Tetapi satu elemen sering diabaikan iaitu warna. Walaupun metropolis puratanya boleh menjadi tempat yang tidak berwarna keranan dikuasai oleh konkrit dan keluli, terdapat beberapa tempat di mana unsur warna dihidupkan.

Berikut adalah sembilan bandar-bandar yang berwarna-warni di seluruh dunia yang memberi inspirasi kepada jurugambar untuk mengembara dan merakam foto di sana.

Cinque Terre, Itali

shutterstock_535386217-1024x671
Image by shutterstock / waku

gettyimages-535829617_super

Terletak di tepi pantai laut Ligurian, Manarola adalah salah satu daripada lima bandar-bandar kecil yang membentuk The Cinque Terre di Riviera, Itali. Bangunan-bangunan berwarna-warni melimpah ke bawah tebing hingga ke kolam renang tempatan dan pelabuhan di bawah. Pekan ini telah menjadi destinasi pelancongan yang popular dengan laluan mendaki yang indah dan ladang anggur popular yang terletak berhampiran.

Chefchaouen, Morocco

chefchaouen-lucy-laucht-tout

chefchaouen-10-1024x682

Terletak di dalam Rif Mountains di Barat Laut Morocco, Chefchaouen terkenal dengan bangunan yang dicat dengan warna biru. Sebab untuk semua warna biru adalah masih diperdebatkan yang dikatakan warna ini dikatakan boleh menghalau nyamuk, dan ia adalah satu warna penting bagi pelarian Yahudi, yang mewakili langit dan syurga, serta mewujudkan suasana yang menarik pada hari musim panas yang cerah. Satu perkara yang pasti, semua warna biru yang mencipta banyak peluang untuk fotografi berwarna-warni.

Guanajuato, Mexico

bc476d88862056cdcc078b69cebb7e35

Pekan gunung Guanajuato merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan dianggap oleh ramai penduduk tempatan dan pelancong untuk menjadi tempat yang paling indah di Mexico. Haciendas yang berwarna-warni dan bangunan kolonial di semua arah ke bukit, dengan rangkaian terowong bawah tanah yang berfungsi sebagai jalan utama, menjadikan ia sebuah bandar yang sangat menarik untuk diteroka dengan berjalan kaki dan fotogenik untuk gambar.

Jodhpur, India

9b9150022eca1ea03565580ef0d63e20

Bandar kedua terbesar di negeri Rajasthan, India, Jodhpur dikenali sebagai Bandar Matahari dan Bandar Biru. Kebanyakan rumah di bandar lama adalah warna biru; ada yang mengatakan ia bermula kerana golongan atasan Brahmin mahu memisahkan diri mereka daripada orang ramai, manakala yang lain mengatakan bahawa biru memberikan rumah suhu sejuk pada musim panas di padang pasir.

Bo-Kaap, Cape Town

bo-kaap-cape-town-in-south-africa1

Kawasan ini di pinggir bandar Cape Town dikenali sebagai kawasan visual indah kerana, rumah-rumah yang berwarna terang dan jalan-jalan menggunakan batu buntar. Kadang-kadang dipanggil kawasan Melayu, penduduk pertama di bandar ini keturunan Muslim  dari Asia Tenggara, dan ia masih mempunyai watak yang majoriti penduduknya beragama Islam. Penduduk mengambil keputusan untuk cat rumah-rumah mereka dalam sambutan Hari Raya, menyelaraskan warna dengan jiran-jiran untuk mengelakkan pertindihan warna.

Wroclaw, Poland

city-centre-market-square-tenements-wroclaw-poland-image-id-90809816-1424773301-gr8s

Dengan penduduk seramai 637.075, Wroclaw merupakan bandar keempat terbesar Poland, dan merupakan  European Capital of Culture tahun 2016. Pelancong ditarik ke bandar ini indah dengan budaya santai, jambatan indah dan pulau-pulau, dan kehidupan malam di bandar dengan pelbagai aktiviti.  Tengah-tengah bandar adalah Market Square di Bandar Lama, yang menampilkan deretan bangunan yang berwarna-warni dan memberikan banyak peluang untuk fotografi.

 Burano Island, Italy

0051

Terletak di Lagoon Venetian, Burano merupakan negara kepulauan mempunyai empat pulau yang dihubungkan dengan jambatan dan terusan sama seperti jiran yang terkenal di selatan, Venice. Ia terkenal dengan rumah-rumah yang berwarna terang, yang dikatakan telah dicat nelayan tempatan supaya dapat mencari pulau di lagun yang mempunyai kabus tebal. Pelangi warna telah menjadi tarikan pelancongan utama dan satu lagi sebab untuk merancang perjalanan fotografi ke Itali.

St. John’s, Newfoundland

13087587_1208358969189253_4188422015250024302_n

Bandar timur di Amerika Utara dan satu penempatan yang paling tertua, St. John, Newfoundland terkenal dengan deretan rumah yang berwarna-warni, yang sering dijumpai di bukit-bukau di bandar ini, memberikan rasa yang lebih seperti di San Francisco. Tradisi bangunan berwarna cerah bermula sejak tahun 1970-an apabila mereka mahu menghidupkan semula kawasan pusat bandar tersebut.

Willemstad, Curacao

curacao

Terletak di Caribbean di luar pantai Venezuela, Willemstad adalah ibu kota Curacao, yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Belanda (Netherlands). Pusat bandar mempunyai lebih daripada 750 bangunan pastel berwarna terang yang telah mendapat status kawasan UNESCO. Lagenda mengatakan bahawa pada abad ke-19 Datuk Bandar tersebut akan mengalami migrain dari panas matahari daripada cerminan bangunan putih, lalu dia memerintahkan pemilik untuk mengecat bangunan mereka dengan warna yang berbeza.

Apa tunggu lagi, jom rancang perjalanan foto anda ke bandar-bandar ini. Semoga memberikan inspirasi kepada mereka yang tengah merancang nak ke mana pada tahun 2017 ini.