8 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS KUNJUNGI PAMERAN FOTOGRAFI DI FESTIVAL WANITA MUDA 2016 PADA 24 SEPTEMBER INI

2
1906

Kami di Grxfia berkesempatan menemubual Cik Safirah Rashid yang akan membuat Pameran Fotografi bersama rakan-rakannya bersempena dengan program Festival Wanita Muda yang akan diadakan pada 24 September 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Apa aktiviti anda pada minggu hujung minggu ini? Sekiranya anda berdekatan dengan PWTC, bawalah wanita kesayangan anda ke sini agar mereka juga terinspirasi untuk menjadi seperti 30 orang jurufoto wanita hebat ini.

Jom kita baca sedikit temu bual pihak Grxfia dengan Safirah Rashid dan mengapa anda perlu melawat pameran beliau ini.

pic2

Pengenalan kepada pameran

“Kerana Aku adalah Seorang Wanita” Pameran Fotografi Dari Mata Lensa Safirah Rashid & Rakan rakan. adalah satu Pameran yg mengtengahkan bakat fotografer wanita Msia, dalam pameran yg julung2 kali diadakan ini akan memaparkan sebanyak 50 karya foto pelbagai genre daripada 30 orang fotografer wanita yg ikut serta dalam pameran tersebut. festival ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Pameran ini anjuran?

Anjuran bersama Puteri UMNO Msia & Street2Street Malaysia.

pic1

Objektif pameran ini?

Mempamerkan karya kreatif dlm seni fotografi pada khalayak agar dapat memberikan sedikit galakan dan minat kearah bidang ini dengan tujuan seni fotografi tidak hanya dipelopori atau dimonopoli oleh kaum lelaki sahaja. malah kaum hawa juga adalah sebahagiam komuniti seni foto yg giat serta kreatif setanding itu.

pic5

Sasaran pengunjung pameran?

sasaran pengunjung pada acara ini adalah kaum hawa, beliawanis dan semua genre. seperti sedia maklum acara ini adalah acara peringkat nasional maka ramai pengunjung pasti lebih meriah 🙂

Berapa ramai peserta pameran?

30 fotografer wanita dari seluruh Malaysia.

pic4

Apakah yang diharapkan dari pameran ini kepada masyarakat?

Agar dapat menghayati serta memupuk minat dikalangan generasi terutama wanita muda.

Apakah kelainan dalam pameran ini?

hanya memaparkan karya hasil 100% kaum Wanita Muda yg kreatif dan dinamik (Be empowered & get Connected).

pic6

Siapakah Safirah Rashid?

Bergiat dan terkenal dengan karya Siri berkonsepkan Pop-Out dan Seni Halimunan selain bidang digital art & fotografi. Safirah Rashid, berasal daripada Pulau Langkawi, lulusan jurusan architecture dan pernah mengikuti kelas/workshop digital creative media di kota Paris, berubah haluan bidang kerjaya daripada arketik kepada pengiat seni kontemporari sepenuh masa semanjak tahun 2009 dan kini aktif sebagai aktivis seni visual selain perancang & pengaturan acara serta pameran (event organizer).

 

Nota : Gambar-gambar di atas adalah semasa Pameran All Women Photography. 

2 COMMENTS