Di era teknologi digital, harga kamera digital semakin murah dan ramai ingin beli kamera untuk merakam gambar sama ada bagi tujuan peribadi mahupun untuk kerjaya. Pada musim akhir tahun ini, kebanyakan kedai akan menjual kamera dengan harga diskaun yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Tetapi yang merungsingkan kepala terutama bagi yang pertama kali ingin memiliki kamera, yang mana satukah pilihan di hati? Jom baca perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum ingin membeli sebuah kamera.

BAJET

Berapa pelaburan yang sanggup anda laburkan untuk memiliki sebuah kamera? Umumnya bagi sesebuah kamera dslr ataupun mirrorless kamera, harganya adalah ribuan ringgit dan boleh mencecah kepada puluhan ribu ringgit bagi sebuah kamera sahaja tanpa lensa. Dengan berapa bajet anda anda, anda boleh lihat sama ada perlu membeli kamera yang baru ataupun kamera terpakai. Untuk permulaan yang baik carilah harga kamera yang sesuai dengan bajet di tangan dan sekiranya kamera yang anda ingin miliki tersebut amat mahal di pasaran baru, tidak salah untuk mencuba membeli kamera terpakai. Di Malaysia, untuk mencari di mana pasaran kamera terpakai anda boleh cuba lihat di GajetdiJepun , Shashinki.com , Jepuniaga dan sebagainya. (Boleh lihat artikel ini : 11 Penjual Terbaik Gajet Terpakai)

iso

 

ISO,ISO,ISO

Bagi yang baru dalam dunia fotografi, apa itu ISO? ISO adalah tahap sensitiviti kamera anda kepada cahaya yang ada. Semakin kecil nilai ISO sesemakin kurang tahap sensiviti kamera kepada cahaya. Secara amnya, kebanyakan “entry level” kamera mempunyai asas ISO terendah 100 – 200 dan nilai paling tinggi dalam 6400. Bagi mereka yang selalu menangkap gambar dalam keadaan “low light” atau kepekatan cahaya yang rendah, nilai ISO yang besar sangat penting untuk merakam gambar dalam keadaan kekurangan cahaya. Bila nak beli kamera, semak dahulu keupayaan ISO dalam kamera tersebut; berapa minimum dan maximum ISO yang ada dalam fungsi kamera.

MEGAPIXEL GAMBAR

Bagi mereka yang memerlukan kamera hanya untuk tujuan peribadi dan gambar jarang digunakan untuk keperluan percetakan saiz besar, bagi kami 8 Megapixel sudah mencukupi bagi sesebuah kamera.  Sekarang ini kalau kita memandu di jalanraya, sekeping gambar dari kamera iPhone pun sudah boleh dicetak untuk keperluan papan tanda iklan yang besar. Semakin besar megapixel gambar, semakin besar kapasiti penyimpanan gambar anda perlu sediakan.

k3

KEPERLUAN FLASH

Semasa beli kamera, pasti tuan kedai akan bertanya nak beli tak flash? Perkara ni pasti akan ditanya sekiranya kamera yang anda nak beli tu tiada built in flash. Semasa kita lihat spesifikasi kamera nak beli, adakah kamera tersebut ada “built in” flash tercatat dalam spesikasi kamera itu. Kalau ada sudah mencukupi dahulu sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah untuk dilaburkan dalam pembelian kamera. Bagi yang meminati genre “landscape”, flash bukan satu keperluan wajib perlu ada dalam beg kamera mereka. Namun bagi yang menggunakan kamera dalam genre fotografi portrait, fotografi perkahwinan dan sebagainya sudah menjadi keperluan wajib untuk mereka memiliki flash.

article12046_0

SAIZ SENSOR KAMERA

Sensor kamera adalah perkara paling penting juga dalam pemilihan jenis kamera kerana ianya juga boleh mempengaruhi kualiti sekeping gambar. Semasa nak beli kamera, anda perlu lihat saiz sensor kamera tersebut adakah ianya “full frame”, “APS-C/ APS-H, “micro four third” atau sebagainya. Bagi kamera dslr saiz sensor menggunakan jenis sama ada full frame ataupun APS-C, manakala mirrorless kebanyakan menggunakan sensor “micro four third”. Saiz sensor juga memainkan peranan penting dalam penentuan harga kamera. Yang mana sesuai dengan bajet anda? Sekiranya anda tidak faham mengenai perkara ini, dapatkan nasihat daripada mereka yang sudah lama menceburi bidang foto ini.

GENRE MANA NAK CEBURI

Perkara ini anda perlu fikir-fikirkan sedalamnya, genre foto mana yang anda minat? Adakah genre “landscape”, genre foto perkahwinan, fotografi stok, sukan, studio atau sebagainya. Pemilihan genre penting kerana ianya mempengaruhi peralatan tambahan yang perlu ada dalam mengambil gambar di dalam sesuatu genre tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda meminati genre fotografi “landscape”, anda perlu memiliki tripod, filter seperti ND Filter, GND filter, untuk menghasilkan sekeping gambar pemandangan yang baik. Genre juga memainkan peranan penting dalam pemilihan lensa kamera. Anda perlu kenal pasti dahulu genre mana yang anda minati supaya pelaburan duit anda dalam fotografi tidaklah menjadi satu pembaziran.