Mari kita lihat apakah graduan baru perlu tahu tentang industri senireka bentuk pada masa kini!

 

01. Kerjaya dalam senireka bentuk adalah gabungan kebahagian dan kesengsaraan.

Kebanyakan daripada kita mahu menjadi pereka bentuk kerana kita mahukan “andranaline rush” yang datang bersama nilai kreativiti kita. Tetapi kemahuan ini membutakan kita daripada fakta sebenar sebagai pereka bentuk kita juga perlu menghadapi penolakan, kegagalan dan peluang yang terlepas.

Saya pasti doktor gigi dan agen insuran akan berkata ia tidaklah berbeza dengan mereka; kepuasan melakukan apa-apa kerja yang bagus adalah tidak dapat dinafikan, dan sudah pasti akan ada trauma ditempat kerja didalam apa-apa jua kerjaya. Tetapi senireka bentuk terutamanya seolah-olah satu pekerjaan tidak menentu; untuk setiap logo yang memenangi anugerah, pasti akan ada banyak projek senireka bentuk yang tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Belajar untuk menerima kenyataan di dalam industri ini yakni gabungan kegembiraan dan kesengsaraan adalah penting di dalam kerjaya ini.

pexels-photo-57690

 

02. Permulaan sentiasa sukar.

Memang benar bahawa terdapat keadaan apabila dunia senireka bentuk dibanjiri dengan wang tunai, dan pelajar dan pereka yg masih muda telah diupah oleh industri ini. Kali terakhir saya boleh ingat perkara ini berlaku adalah semasa ledakan dotcom pada lewat 90-an. Tetapi mendapat pekerjaan pertama, dan kemudian mendapatkan kerja yang betul , adalah sentiasa sukar. setiap generasi harus meharungi halangan yang sukar dan untuk generasi baru akan ada kesukaran yang bertambah kerana budaya pelatih yang berterusan.

Latihan yang tidak dibayar harus ditentang tidak kira berapa menarik sekali pun – dan studio senireka bentuk yang menawarkan mereka sepatutnya berasa malu dengan diri mereka sendiri. Tetapi kerjaya dalam senireka bentuk sentiasa menuntut sikap berdikari dan semangat keusahawanan. Kegagalan untuk memahami perkara ini akan membuat hidup sukar bagi pereka bentuk baru.

 

03. Kerjasama adalah kebiasaan baharu.

Ramai di antara kita memasuki ke dalam bidang senireka bentuk mencari ganjaran dari hasil karya sendiri. Paradoks-nya , senireka bentuk kini menjadi lebih daripada satu aktiviti kerjasama berbanding sebelum ini. Anda boleh berhujah dengan mengatakan senireka bentuk telah lama melakukan aktiviti kerjasama. Sebagai contohnya pereka grafik pernah bekerja rapat dengan typesetters. Tetapi ini cenderung untuk menjadi hubungan yang tidak sama rata, dan kerjasama oleh itu tidak tulen. Dalam landskap senireka bentuk pelbagai disiplin baru , kerjasama telah menjadi hampir mandatori.

Ini adalah disebabkan oleh kerumitan komunikasi yang semakin meningkat di dalam dunia pelbagai saluran, tetapi juga kerana pelanggan yang menuntut kerja yang keluar dari hasil kerjasama pereka bentuk daripada naluri solo individu pereka itu sendiri. Hari-hari di mana Leonardo Da Vinci, sebagai seorang pakar telah berakhir.Pengkarya berkongsi adalah pengkarya individu masa kini.

hands-people-woman-working

 

04. Rekaan menjadi semakin automatik.

Saya pernah percaya bahawa senireka bentuk mempunyai kekebalan daripada automasi : bagaimana mesin boleh menggantikan seorang pereka? Tetapi automasi dalam senireka bentuk sudah menjadi kenyataan. Perisian pintar dan algoritma yang menghapuskan keperluan untuk mata dan tangan pereka kini melakukan banyak daripada apa yang pereka pernah lakukan.

Laman web berjenama boleh dimuat turun daripada internet;logo boleh dibeli untuk beberapa dolar ; identiti jenama dilaksanakan dengan menggunakan template oleh orang pemasaran ; dan perniagaan boleh dimulakan dengan akaun Facebook. Berapa lama sebelum AI menggantikan pereka?

 

05. Senireka adalah pembelajaran berterusan sepanjang hayat.

Tetapi masih ada sebab-sebab yang baik untuk terus optimis. Pereka mempunyai minda tangkas – anda tidak boleh menjadi seorang pereka yang baik tanpanya. Ketangkasan mental ini bermakna bahawa anda pereka yang bersedia untuk berurusan dengan dunia yang sentiasa berubah. Tidak ramai antara kita akan melakukan kerja yang sama dalam masa 10 tahun, tetapi pereka adalah antara yang paling mampu untuk menyesuaikan diri dengan cara-cara baru dalam melakukan sesuatu.

Selagi kita terus bersedia untuk belajar dan belajar semula, adalah mungkin untuk terus menjadi optimistik mengenai masa depan industri senireka bentuk.  Jadi jangan putus asa ya! 😉