5 PERKARA MENARIK MENGENAI KLPF 2016

0
521

Bermula pada semalam telah bermula Kuala Lumpur Photography Festival 2016 di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur yang akan berlangsung sehingga 9 Oktober 2016. Program ini telahpun berlangsung sejak 1997 yang dianjurkan oleh PCP Publications. KLPF ini antara program yang ditunggu – tunggu oleh jurufoto tempatan kerana pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang festival ini. Bagi mereka yang berkelapangan dan berada di sekitar Kuala Lumpur amat rugi melepaskan peluang untuk menghadiri KLPF ini.

SEMINAR FOTOGRAFI 

Lebih 50 seminar fotografi akan berlangsung sepanjang tiga hari daripada pelbagai genre fotografi yang akan disampaikan oleh jurufoto tempatan dan luar negara yang berpengalaman luas dalam industri fotografi. Yang menarik bagi KLPF 2016 ini, salah seorang jurufoto National Geographic iaitu Shahidul Alam juga akan juga berkongsi pengalaman beliau pada Sabtu, 8 Oktober 2016.

JUALAN GAJET FOTOGRAFI

Berdasarkan pengalaman kami dengan festival ini, jualan gajet dan alatan berkaitan fotografi memang tersangat murah sewaktu KLPF ini. Antaranya seperti Photobook Malaysia yang menawarkan khidmat cetakan photobook dengan harga diskaun yang amat menarik untuk dimiliki terutama bagi jurufoto genre perkahwinan yang banyak menggunakan khidmat Photobook ini bagi album perkahwinan pelanggan mereka. Selain itu, gajet seperti tripod, beg kamera dan lain-lain aksesori juga boleh didapati dengan harga yang lebih murah daipada pasaran.

PAMERAN FOTOGRAFI

Terdapat pelbagai pameran fotografi yang disertai oleh pelbagai agensi, institusi pendidikan, kelab/persatuan yang diadakan di tingkat 15. Untuk tahun ini juga, kami juga difahamkan ada juga pameran fotografi daripada pameran fotografi antarabangsa juga turut dipamerkan seperti Taipei Art Photo Show, Chobi Mela Photography Festival dan lain-lain lagi. Di sini juga, anda boleh dapatkan pelbagai maklumat dan info tentang pelbagai agensi berkaitan fotografi seperti CCIG, Kelab Gopro Malaysia, Photographic Society of Petaling Jaya (PSPJ) dan lain-lain.

PERTANDINGAN FOTOGRAFI

Jangan lupa bawa kamera anda sewaktu menghadiri ini, kerana anda boleh menyertai pelbagai pertandingan fotografi yang diadakan sepanjang program ini. Kami difahamkan pelbagai hadiah menarik disediakan. Mana tau anda boleh bawa balik kamera baru.

NETWORKING

Di sinilah anda boleh mencari jaringan networking dalam industri fotografi. Anda boleh cari networking berdasarkan minat anda, kalau anda adalah peminat Gopro anda boleh ke booth Kelab Gopro Malaysia dan bertemu dengan rakan-rakan yang sama minat dengan anda. Jangan malu jangan segan kerana di sinilah anda boleh mencari ilmu dan rakan-rakan untuk pergi outing fotografi bersama nanti.

Keseluruhannya, rugi jika anda tidak meluangkan masa ke program ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://klpf.com.my untuk maklumat lanjut dan jadual program. Jumpa anda di sana.