5 IKLAN RAYA 2017 YANG KREATIF

0
1614

Tahun 2017 menyaksikan peperangan iklan raya daripada syarikat-syarikat tempatan hinggalah kepada vlogger media sosial. Sungguh penceritaan yang ringkas serta isi yang masih lagi berkisarkan mesej positif untuk disampaikan. Untuk tahun ini, kami memilih 5 iklan yang mempunyai mood kegembiraan dan penceritaan raya yang kreatif.

Bukan tidak suka dengan iklan berbaur mesej kesedihan, namun bertepatan dengan sambutan syawal itu sendiri adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.

Apa-apa pun kami ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jom lihat senarai lima video pilihan di bawah. (editor masih dalam suasana makan ketupat rendang)

1. Dugaan Raya Aida – TNB

Berkisarkan cerita Aida yang menempuh pelbagai dugaan untuk pulang berhari raya. Iklan yang berdurasi 4 minit 2 saat ini penuh dengan efek cinematografi yang kreatif, hasil tangan produksi Reservoir Production.

2. Linah  – CIMB

Sebuah iklan daripada CIMB ini berkisarkan adiwira yang ingin pulang ke kampung. Penceritaan ringkas dan efek juga sangat menarik.

3. Kampung Batu 311 – Telekom Malaysia

Sebuah iklan yang berunsurkan misteri dan geng penyiasatan kanak-kanak yang berani. Sungguh besemangat geng kanak-kanak tersebut nak tahu siapa yang banyak selesaikan masalah kampung tersebut.

4. Pengorbanan Ayah – Hypp Inspirasi

Iklan yang membawa tema pengorbanan ayah demi menyelesaikan pertelingkahan anak-anak beliau. Kemunculan Azlee Senario membuatkan iklan ini mempunyai unsur humor dalam iklan ini. Penceritaan sungguh menarik dan kami paling suka “ending” iklan ini.

5. Man Nak Balik Raya- Firdhaus Rahmat

Iklan ini berunsur seram yang boleh katakan iklan paling “rare” setakat ini. Sebuah kisah sambungan daripada sekuel raya “Man Nak Balik Raya” yang juga diterbitkan pada tahun lepas. Iklan ini banyak mendapat sambutan di media sosial dan diterbitkan oleh vlogger yang dikenali sebagai Firdhaus Rahmat yang juga pemenang Pertandingan Shorties DFKL 2016.