4 DESTINASI PERLANCONGAN JURUFOTO JALANAN MESTI LAWATI

0
544

Salah satu perkara yang menarik mengenai fotografi jalanan adalah jalanan mudah untuk dikunjungi.  Ini bermakna, jurufoto jalanan menghabiskan sejumlah besar masa di jalanan untuk merakam detik yang menarik di jalanan berdekatan dengan mereka. Tak salah jika kamu  menempah bercuti ke salah satu dari destinasi di bawah untuk menambahkan lagi koleksi foto jalanan anda?

new-york-street-photo1-683x1024

1. New York

Tidak lengkap senarai bandar-bandar fotografi anda tanpa bandar New York. Anda berpeluang untuk merakam setiap waktu dalam bandar yang tidak pernah tidur. Dan dengan 53 juta pengunjung yang datang ke bandar tersebut setahun, pasti ada tidak kekurangan orang di jalanan setiap waktu. Jumlah itu tidak termasuk mereka yang memanggil New York sebagai rumah mereka. Dari sebuah bandar china sibuk dengan hiruk-pikuk wall street, bandar New York  adalah salah satu destinasi untuk jurufoto jalanan.

tornoto-1024x683

2. Toronto

Toronto bukanlah senarai teratas dalam destinasi fotografi jalanan. Toronto dikenali sebagai salah satu daripada bandar pelbagai (diversities city) di dunia. Bandar Kanada ini yakin mempunyai semua ciri-ciri dan budaya seorang jurufoto jalanan harapkan. Jika anda menuju ke Toronto , cuba untuk melihat ke Graffiti Alley, Harbourfront, atau kereta bawah tanah(subway)!

bhksp-04

3. Hong Kong

Dengan kepadatan oleh penduduk tempatan dan pelancong, Hong Kong adalah bandar yang menarik kepada jurufoto jalanan dalam mencari kebudayaan dan kehidupan bandar yang meriah. Jika anda sedang mencari untuk budaya tempatan di jalanan di Hong Kong, anda perlu melawat Kowloon. Di sana, terdapat banyak perkara yang boleh dirakam di pulau itu -lebih lagi jika anda suka merakam lampu terang dan lokasi ikonik Hong Kong.

13979851281_35237bab41

4. Tokyo

Satu lagi destinasi Asia popular ialah Tokyo. Shibuya Crossing terkenal di seluruh dunia sebagai persimpangan paling sibuk di dunia dan merupakan rakaman penting untuk mana-mana jurufoto dalam perjalanan ke Tokyo. Tetapi pastikan untuk merakam di jalanan lain juga. Anda akan mendapati banyak budaya tempatan terletak jauh di luar jangkaan hotspot -pergi meneroka! Pasti lebih menarik dan tidak mengecewakan anda.