29 CARA MENJANA PENDAPATAN MELALUI FOTOGRAFI – BAHAGIAN 1

0
2099

Fotografi adalah satu bidang kemahiran yang juga memberikan pendapatan yang lumayan sekiranya anda begitu serius untuk memahirkan diri dalam bidang ini. Dengan kamera di tangan yang mahal, pastinya anda terfikir bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan melalui bidang ini. Walaubagaimanapun cara anda untuk mendapat pulangan lumayan dari bidang fotografi ini, anda harus ingat bidang ini bukan mudah untuk mencapai pulangan yang baik sekiranya anda tidak memulakan dengan mempelajari teknik fotografi yang betul dalam sesuatu genre.

Kami di Grxfia telah menyenaraikan 29 jenis gambar / cara anda untuk anda menjana pendapatan melalui fotografi. Namun, untuk keluaran bahagian 1 ini kami akan senaraikan dahulu 15 jenis gambar / cara anda untuk anda menjana pendapatan melalui fotografi. Untuk bahagian 2, kami akan keluarkan artikel tersebut pada minggu hadapan. Jom kita lihat gambar / cara apakah untuk jana pendapatan daripada fotografi.

Gambar Perkahwinan

wedding

Kenapa letak gambar ni awal sekali? Sebab orang kita kalau sebut buat duit dengan fotografi semestinya menjawab dengan mengambil gambar perkahwinan. Ya, memang nampak seperti genre ini menjanjikan “instant cash” dalam fotografi, namun jika tiada semangat yang kuat dan portfolio yang baik, anda tidak boleh dapat menjana perniagaan yang baik dari genre ini.

Potret Keluarga

Kredit foto : freepik.com">Designed by Pressfoto / Freepik
Kredit foto : freepik.com”>Designed by Pressfoto / Freepik

Ada juga yang memilih untuk menjadi pemotret keluarga. Potret keluarga ini selalunya kalau zaman dahulu dirakam di kedai-kedai gambar. Namun kini ramai yang lebih terbuka untuk memilih jurufoto untuk merakam gambar keluarga mereka di tempat-tempat menarik seperti tepi pantai, taman dan sebagainya.

Potret Ibu Mengandung (Maternity)

pregnant-pregnancy-mom-child

Kini lebih ramai pelanggan terbuka untuk merakam saat-saat mereka mengandung untuk dijadikan tatapan kenangan indah mereka. Bagi potret ibu mengandung, kebiasaannya potret ini dirakam pada usia kandungan 7 bulan hingga ke 9 bulan.

Potret Kelahiran & Kanak-kanak

baby-child-newborn-arms-47219

Bagi genre ini, pelbagai jenis potret boleh diabadikan. Ada yang memilih jurufoto untuk merakam detik kelahiran anak mereka di hospital, potret anak kecil sewaktu baru dilahirkan (lebih kurang usia 1- 30 hari) dan potret kanak-kanak untuk dijadikan kenangan keluarga mereka.

Gambar Fesyen

slr-lounge-lighting-flash-photography-tips1

Genre ini kelihatan sedang meningkat naik di Malaysia. Pastinya untuk genre ini, jurufoto dipilih oleh pereka fesyen ataupun pemilik butik fesyen untuk merakam koleksi rekaan pakaian mereka bagi tujuan komersil.

Muzik

pexels-photo-26418

Bagi genre muzik, kebiasaannya jurufoto diupah secara peribadi oleh kumpulan muzik atau penganjur dalam menghasilkan gambar sewaktu konsert, untuk kulit album, potret artis dan sebagainya.

Sukan

pexels-photo-108292

Genre ini untuk mereka suka untuk merakam aksi sukan dan menjual gambar ini kepada majalah sukan, suratkhabar ataupun berkhidmat sebagai jurufoto bagi sesebuah pasukan sukan.

Potret Korporat

Kredit foto : www.freepik.com">Designed by Pressfoto / Freepik
Kredit foto : www.freepik.com”>Designed by Pressfoto / Freepik

Bagi potret korporat kebiasaannya untuk gambar-gambar kumpulan bagi sesebuah organisasi. Gambar seperti ini digunakan dalam buku laporan tahunan, majalah organisasi dan sebagainya.

Gambar acara / program

private-party-event-12

Jurufoto acara / program adalah lebih kepada mengambil gambar perjalanan sesebuah majlis. Kebiasaannya bagi genre ini adalah melalui organisasi korporat yang ingin merakamkan acara Hari Keluarga, pelancaran produk, perjanjian kerjasama antara syarikat dan sebagainya. Namun, tidak kurang juga ada juga acara peribadi seperti merakam gambar sewaktu “Birthday Party“, Reunion¬†sekolah dan sebagainya.

Gambar Sekolah

4-ikram-4

Haaa ingat tak masa sekolah dulu, ada orang ambil gambar kelas untuk digunakan dalam majalah sekolah? Tak salah untuk anda memulakan pencarian dalam bidang fotografi ini dengan merakam gambar kelas di sekolah/universiti dan sebagainya. Anda boleh menawarkan perkhidmatan ini dengan menjual gambar yang telah dicetak kepada pelajar.

Gambar Konvokesyen

leading_university_convocation

Konvokesyen juga boleh memberikan pulangan yang baik kepada jurufoto. Anda boleh mengambil gambar konvokesyen dengan membuka booth di hari konveskesyen, membuat sesi outdoor atau anda boleh menawarkan khidmat fotografi kepada universiti untuk anda menjadi jurugambar rasmi majlis tersebut.

Gambar Makanan

pexels-photo-104987

Gambar makanan adalah penting bagi mereka yang berada dalam bidang F&B yang mana ianya sangat membantu dalam melariskan makanan mereka kepada pelanggan. Tanpa gambar makanan macam mana kita nak bayangkan rupa bentuk makanan tersebut dan dengan visual ini boleh menarik perhatian anda untuk menempah makanan tersebut.

Gambar Haiwan Peliharaan

pexels-photo-25453

Ada sesetengah pemilik haiwan peliharaan amat gemar mengabadikan potret haiwan mereka. Dan ini juga boleh dijadikan peluang kepada mereka yang meminati untuk merakam aksi comel ini dalam menjana pendapatan.

Gambar Senibina

pexels-photo-106399

Gambar seperti ini kebanyakan akan dibeli atau servis anda diperlukan oleh syarikat pembinaan, arkitek, majalah bidang berkaitan dan sebagainya.

Gambar kembara (Travel)
pexels-photo-camera

Gambar kembara kebanyakannya akan dibeli oleh majalah-majalah dan syarikat berkonsep perlancongan. Dalam merakam gambar kembara, keunikan dan penceritaan kepada lokasi tempat dalam gambar menjadi tarikan kepada penjualan gambar kembara.

Tunggu sambungan lagi 14 cara / gambar yang boleh menjana pendapatan dalam bidang fotografi ini pada minggu hadapan.