2 PERISIAN INI BOLEH SIAPKAN ALBUM KAHWIN DALAM 7 MINIT

0
1225

Produk akhir dalam fotografi perkahwinan terutamanya adalah set album pelanggan. Seringkali jurufoto mengambil masa yang lama dalam menyiapkan album perkahwinan pelanggan kerana bukan sahaja perlu menyunting gambar namun proses untuk menyiapkan rekaan sebuah album itu juga mengambil masa yang lama.

Namun masalah tersebut akan selesai dengan cepat apabila anda membeli salah satu perisian ini. Khabarnya boleh siapkan sebuah album dalam masa 7 minit. 7 minit ni kiranya anda dah siapkan suntingan gambar dan hanya “drag & drop” gambar ke dalam perisian tersebut. Jom kita lihat di bawah apakah perisian tersebut?

1)PIXELLU SMART ALBUM

9042e540b282d62abb75463bab1a16735949a58b_imac-screen

2)FUNDY DESIGNER

maxresdefault

Kedua-dua perisian mempunyai antaramuka yang lebih kurang dan anda hanya perlu “drag & drop” gambar ke dalam muka surat album dan perisian secara automatik akan mencadangkan rekaan untuk mukasurat tersebut. Jika anda tidak suka dengan rekaan cadangan perisian, anda boleh pilih pelbagai contoh rekaan mengikut kesukaan anda. Mudah bukan, tidaklah anda pening kepala memikirkan bagaimana rekaan album anda. Rekaan album dalam kedua-dua perisian ini amat kemas dan membuatkan rekaan album anda kelihatan sangat profesional dan kemas.

Yang mana satu paling menarik? Kami cadangkan anda guna dahuli versi “trial” perisian tersebut dan pilih ikut kesesuaian anda.

Kedua-dua perisian ini kalau ikutkan memang agak mahal harganya memandangkan jualan dalam nilai USD. Namun, bagi mereka yang terlibat secara serius dan professional dalam industri foto perkahwinan, pelaburan dalam perisian ini amatlah berbaloi kerana anda boleh menjimatkan masa dalam menyiapkan album pelanggan dan juga boleh meningkatkan produktiviti perkhidmatan anda dengan servis yang cepat kepada pelanggan.