100 TIP FOTOGRAFI DARI ERIC KIM

0
859
Kredit gambar : Jcomp / Freepik

Di bawah, kami senaraikan 100 tip fotografi dari Eric Kim seorang jurugambar profesional yang juga mengajar fotografi di Berkeley, California. Jom baca 100 tip tersebut, semoga ianya menjadi sedikit inspirasi kepada mereka yang baru nak menceburi bidang fotografi ini.

  1. Hanya kerana seseorang mempunyai kamera mahal tidak bermakna bahawa mereka seorang jurugambar yang baik.
  2. Sentiasa mengambil gambar dalam format RAW. Sentiasa!!!
  3. “Prime lens” membantu anda belajar untuk menjadi jurugambar yang lebih baik.
  4. Penyuntingan foto adalah seni yang tersendiri
  5. “Rule of third” berguna 99% senario
  6. Fotografi macro bukan untuk semua orang
  7. UV filter juga boleh digunakan sebagai penutup lensa
  8. Keluar dan mengambil foto lebih baik dari menghabiskan masa yang lama di dalam laman forum fotografi
  9. Mengambil foto keindahan dalam kebiasaan memberikan kemenangan dalam foto
  10. Filem adalah tidak lebih baik daripada digital.
  11. Digital tidak lebih baik daripada filem.
  12. Tidak ada “magic” kamera atau lensa.
  13. Lensa baik/mahal tidak memberikan foto yang baik
  14. Kurangkan masa melihat hasil kerja orang lain dan lebihkan masa pergi mengambil foto sendiri.
  15. Jangan bawa DSLR pergi ke parti
  16. Menjadi jurufoto itu seksi??
  17. Membuat foto hitam putih bukan tidak secara automatik menjadikan mereka berseni
  18. Orang akan selalu tidak mengkredit kerja anda jika anda memberitahu mereka bahawa anda “photoshop” imej anda. Sebaliknya, memberitahu mereka bahawa anda memprosesnya dalam “digital darkroom“.
  19. Anda tidak perlu untuk mengambil gambar segala-galanya.
  20. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 salinan bagi foto anda. Seperti yang mereka katakan dalam peperangan, dua adalah satu, satu adalah tiada.
  21. Tukarkan strap leher(tali kamera yang dililit ke leher) kepada strap di tangan (lilitan di tangan)
  22. Mendekatlah saat memotret, biasanya hasilnya lebih bagus
  23. Jadilah sebahagian daripada tempat kejadian semasa mengambil gambar; bukan pengintip.
  24. Mengambil foto dari aras bawah sering membuat gambar anda kelihatan lebih menarik.
  25. Kurangkan kebimbangan tentang aspek teknikal dan memberikan fokus pada aspek komposisi fotografi.
  26. Tutup apa-apa logo pada kamera anda dengan Gaffers tape hitam – ia membawa banyak kurang perhatian kepada anda.
  27. Sentiasa kurangkan pendedahan dengan 2 / 3rds stop apabila merakam di siang hari.
  28. Semakin banyak gambar yang anda ambil, lebih baik anda dapat.
  29. Jangan takut untuk mengambil beberapa gambar pemandangan yang sama pada pendedahan yang berbeza(exposure), sudut(angle), atau bukaan(aperture).
  30. Hanya tunjukkan gambar anda yang terbaik
  31. “Point and shoot” tetap sebuah kamera
  32. Sertai forum fotografi online
  33. Mengkritik hasil kerja-kerja orang lain.
  34. Berfikir sebelum anda mengambil foto.
  35. Gambar yang baik tidak memerlukan penjelasan.
  36. Alkohol dan fotografi tidak bercampur dengan baik.
  37. Inspirasi daripada jurugambar lain tetapi tidak pernah menyembah/mengagungkan mereka.
  38. Grain cantik.
  39. Bertukar dari menggunakan backpack(beg yang digalas dari belakang) kepada messenger beg(beg sandang). Ianya memudahkan anda mendapatkan kamera dan lensa.
  40. “Simplicity” adalah kunci
  41. Takrif fotografi ialah: “lukisan dengan cahaya.” Manfaatkan cahaya sesuai dengan selera anda
  42. Cari gaya fotografi anda dan tetap dengannya.
  43. Mempunyai monitor kedua adalah perkara yang terbaik untuk pemprosesan foto.
  44. Silver Efek Pro pemprosesan terbaik foto hitam putih
  45. Bawa kamera anda ke mana sahaja.
  46. Jangan pernah biarkan fotografi menghalangimu untuk menikmati hidup
  47. Jangan manjakan kamera anda. Teruskan menggunakannya.
  48. Ambil gambar tanpa manipulasi. (straight photo)
  49. Yakin apabila merakam foto
  50. Fotografi dan “juxtaposition” berkawan terbaik
  51. Cetak besar gambar anda. Itu akan membuatkan anda gembira
  52. Berikan foto anda kepada kawan-kawan
  53. Berikan foto anda kepada orang yang tidak dikenali
  54. Jangan lupa bingkaikan foto
  55. cetakan Costco(cari tempat print murah di Malaysia) yang murah dan kelihatan hebat.
  56. Keluar mengambil foto dengan rakan
  57. Sertai kelab foto atau anda tubuhkan sendiri
  58. Foto adalah hadiah terbaik
  59. Mengambil foto orang tidak dikenali adalah mencabar
  60. Candid lebih baik daripada pose
  61. Cahaya semulajadi adalah sumber cahaya terbaik
  62. Lensa 35mm (dalam kamera full frame, 23mm dalam kamera crop) adalah lensa terbaik untuk jalan-jalan.
  63. Jangan takut untuk naikkan ISO tinggi apabila diperlukan
  64. Anda tak perlu membawa tripod sentiasa bersama anda. (Eric Kim tidak mempunyai tripod)
  65. Adalah lebih baik kurang dedahan (underexposed) daripada terlebih dedahan(overexposed) cahaya
  66. Merakam gambar orang kehilangan tempat tinggal (homeless) dalam usaha untuk menjadi ianya berseni sebenarnya adalah eksploitasi.
  67. Anda akan mencari peluang foto terbaik dalam dalam situasi yang kelihatannya tidak mungkin.
  68. Foto sentiasa lebih menarik dengan elemen manusia dimasukkan.
  69. Anda tidak boleh “photoshop” foto yang teruk menjadi bagus.
  70. Pada masa kini semua orang adalah seorang jurugambar.
  71. Anda tidak perlu terbang ke Paris untuk mendapatkan gambar yang baik; peluang merakam gambar terbaik adalah di belakang rumah anda.
  72. Orang yang memegang kamera DSLR dan saat memotret portrait grip kameranya mengarah kebawah terlihat seperti orang bodoh
  73. Kamera adalah alat, bukan mainan
  74. komposisi fotografi dan lukisan tidak banyak bezanya
  75. Fotografi bukanlah hobi, itu adalah gaya hidup
  76. Buatlah foto, jangan buat alasan
  77. Jadilah original/diri sendiri dalam fotografi. Jangan meniru gaya orang lain
  78. Foto terbaik bercerita sehingga membuat mereka yang melihatnya tidak keruan
  79. Semua kamera yang warnanya selain warna hitam terlalu menarik perhatian
  80. Semakin banyak peralatan yang kamu bawa, makin kamu tidak enjoy
  81. Foto self-portrait yang baik itu tampaknya mudah padahal lebih sukar untuk dibuat
  82. Tertawa selalu mengeluarkan karakter asli seseorang saat dirakam fotonya
  83. Jangan kelihatan mencurigakan saat memotret – bercampur dengan situasi/senario/suasana
  84. Fotografi pemandangan kelihatan membosankan selepas beberapa ketika
  85. Bergembiralah saat merakam foto
  86. Jangan pernah padam gambar anda
  87. Bersikap menghormati apabila merakam di sesuatu tempat atau orang.
  88. Apabila merakam foto orang di jalanan, lebih mudah menggunakan lensa luas daripada telefoto.
  89. Travel dan fotografi adalah pasangan yang sempurna
  90. Belajar membaca histogram
  91. Foto dengan noise itu lebih baik daripada foto yang blur
  92. Jangan takut mengambil gambar semasa hujan
  93. Pelajri bagaimana cara menikmati moment, daripada berusaha mati-matian membuat foto yang sempurna tentang moment tersebut
  94. Jangan pernah memotret saat perutmu lapar
  95. Kamu akan banyak menemukan dirimu sendiri melalui fotografi
  96. Jangan kedekut ilmu fotografi anda – berkongsilah dengan semua orang
  97. Jangan pernah berhenti merakam gambar
  98. Fotografi itu lebih dari sekadar membuat foto, dia adalah falsafah hidup
  99. Rakamlah decisive moment
  100. Buat senarai anda sendiri.