Baru-baru ini kita telah lihat bahawa pengunaan kamera drone amatlah popular untuk produksi filem dan foto juga. Ini kerana kamera drone adalah lebih menjimatkan daripada mengunakan helikopter. Namun buat mereka yang baru menceburi bidang penerbangan drone ini, kami ingin berkongsi 10 tip-tip yang perlu anda tahu sebelum anda menerbangkan drone anda buat pertama kalinya.

 

Simon Cade dari DSLRguide telah memberikan beberapa tip berguna tentang pengunaan drone yang dapat mengelakkan anda dari menghempas drone anda kedalam tasik. Berikut adalah tip-tip dari Simon Cade.

 

  • Terbang dikawasan terbuka: Jika anda masih baru mengunakan drone, amatlah digalakkan untuk anda mengelak kawasan yang berair seperti tasik dan begitu juga kawasan yang mempunyai banyak pokok.

 

  • Pentingnya pencahayaan: Sentiasa perhatikan kedudukan cahaya ketika merakam dari udara.

 

  • Rancang dahulu dan jimatkan bateri: Kebanyakkan drone boleh terbang sekitar 20-30 minit, jadi rancang dahulu shot anda sebelum terbangkan drone supaya anda tidak membazir bateri.

 

  • Ikut peraturan: Pada masa kini peraturan untuk drone telah diluluskan, jadi lebih baik untuk kita mengkajinya dulu dan elak dari melangar undang-undang yang telah ditetapkan, seperti menerbangkan drone dikawasan zon “no-fly”.

 

  • Aturan Rakaman: Atau pun recording settings, carilah aturan yang paling terbaik untuk rakaman anda, Disini Cade telah menunjukkan bagaimana ia dilakukan.

 

  • Cuba “Shot” yang berlainan: Kita semua telah melihat banyak rakaman udara yang hebat-hebat dari filem terkenal, tetapi mungkin kita boleh merakam dari pelbagai gerak kamera yang dapat mencerminkan seni sinematik anda.

 

  • Guna drone untuk shot dinamik: Drone adalah terbaik untuk babak yang mempunyai tenaga yang tinggi, seperti babak untuk iklan sukan. Ini kerana anda dapat mengerakkan kamera anda kemana-mana sahaja untuk merakam apa saja pada kelajuan yang tinggi. Jadi jika anda mahukan tenaga dalam babak anda, dengan drone ia pasti terbaik.

 

  • Jangan bergerak, jika tidak perlu: Sebaliknya, hanya kerana anda boleh terbang kemana-mana, ia tidak bermakna anda patut lakukannya. Jika cerita anda perlukan babak yang memperlihatkan kawasan yang luas tanpa perlu tunjukkan tenaga didalamnya, anda hanya perlu biarkan drone itu terapung sahaja diudara.

 

  • Ambil idea dari filem: Terdapat banyak shot udara yang cantik dari filem (kebanyakannya diambil mengunakan helikopter dan bukanya drone) yang anda boleh jadi kan inspirasi. Jika anda baru lagi dan mahu berlatih ambil shot, anda boleh belajar dari pelbagai filem yang anda tonton dan jangan lupa mengambil nota tentang bagaimana kamera itu bergerak ketika diudara.

 

  • Analisa shot udara: Dalam nada yang sama, menganalisa shot udara berkenaan untuk kepentingan naratifnya, kerana, seperti yang kita semua (harus) tahu, satu shot yang indah adalah sia-sia jika ia tidak kena dengan cerita filem anda.

 

Kesimpulanya, jika anda mempunyai drone, pilihlah shot dengan bijak. Jangan gunakan drone hanya kerana anda mempunyainya dan tidak mengunakannya kerana ada boleh. Tetapi cuba memikirkan apa yang cerita untuk video/filem anda terlebih dahulu, kemudian barulah membuat keputusan sama ada anda perlu atau tidak mengunakan drone untuk mendapatkan hasilnya. Selamat mencuba!