Ketika dunia sedang menumpukan perhatian terhadap Rio 2016, mari kita lihat contoh rekabentuk logo Olimpik terbaik sehingga kini.

Di inspirasikan oleh pertandingan purba yang berlangsung di Olympia, Greece, daripada 8th
sebelum masihi sehinggan 4th sebelum masihi, Pertandingan Olimpik moden telah bermula pada tahun 1894 dan telah menjadi perhatian terbesar dunia untuk bakat sukan.

Untuk bidang senireka dunia pula, telah munculnya antara cabaran tersukar untuk penjenamaan senireka: bagaimana hendak menyampaikan semangat untuk acara kesukanan, budaya tuan rumah, semangat patriotisma negara tuan rumah, elemen kemodenan dan warisan, dan banyak lagi… semuanya di dalam sebuah rekabentuk yang mudah tetapi cukup untuk kepelbagaian persekitaran, dari carian papan tanda kepada bahan bercetak, papan iklan gergasi dan kepada skrin mudah alih yang kecil.

Dan tidak lupa untuk saya menyebut disini kekusutan persaingan jawatan kuasa yang merentasi sempadan yang mengemudi dan memastikan pihak berkepentingan puas hati. Malah ia sangat menakjubkan apabila semua logo Olimpik tidak kelihatan sama ada hambar dan membosankan atau hanya reka bentuk yang kucar kacir. Sebaliknya , 10 logo klasik ini menunjukkan betapa kejohanan bertaraf dunia ini boleh memberi inspirasi reka bentuk yang bertaraf dunia.

 

01. Helsinki 1952

helsinki

Di Helsinki 1952, bermulanya kelahiran senireka logo Olimpik moden.

 

Pada permulaanya pertandingan Olimpik ini hanya mengunakan typografik atau pun reka bentuk yang menyerupai beberapa jenis elemen lambang. Tetapi semuanya telah berubah di Pertandingan Helsinki 1952, yang menyaksikan logo indah yang diilhamkan oleh bendera Finland. Reka bentuk warna tunggal yang digabungkan didalam reka bentuk minimal masih kelihatan menarik dan moden seperti reka bentuk masa kini.

 

02. Mexico City 1968


mexico

Reka bentuk ini menunjukkan semangat Mexico tanpa menjadinya stereotaip
negara itu.

 

Pada tahun 1968 pasukan yang diterajui oleh Lance Wyman telah ditanya oleh Pengerusi
Jawatankuasa Olimpik Pedro Ramirez Vázquez untuk “Ciptakan gambar yang menunjukkan
pertandingan di Mexico ini dengan gambaran lelaki Mexico yang memakai sombrero yang sedand tidur di bawah pokok kaktus.” Mereka berjaya mencapai kehendak beliau malah lebih lagi dari itu, mereka berjaya mencipta logotaip yang menakjubkan sehingga ke hari ini masih menjadi reka bentuk klasik. Dengan mengembangkan geometri lima gelang Olimpik untuk menghasilkan nombor ’68’, ini adalah helah di dalam reka bentuk yang mudah tetapi masih mempunyai pengaruh seni tradisi Mexico dan seni pop tahun 1960-an, gabungan yang bijak antara warisan dan kemodenan Mexico tanpa menampakkan stereotaip Mexico langsung.

 

03. Munich 1972

munich

Logo untuk Permainan Munich 1972 adalah dalam bentuk abstrak yang cantik.

 

Walaupun kebanyakan logo Olimpik berusaha untuk menggabungkan unsur-unsur kebanggaan patriotik, pada tahun 1972 gergasi ekonomi Jerman Barat mengambil jelujur berbeza dengan yakinya. Sebaliknya, logo nya telah direka dengan geometri yang tidak merujuk kepada mana-mana negara tertentu, tema perpaduan global telah menjadilebih ketara, setelah pembunuhan sebelas atlet Olimpik dari Israel. Diilhamkan dengan kuatnya oleh tradisi Modernist, ia memaparkan matahari yang digayakan dan pengunaan bijak kesan lingkaran untuk menunjunkkan sinar harapan dan keyakinan penuh daripada lambang itu.

 

04. Moscow 1980

moscow

Logo Moscow 1980 mengunakan unsur klasik seni Soviet.

 

Diadakan di kemuncak Perang Dingin, Sukan Olimpik Moscow adalah acara penting buat USSR, sebagai satu cara menonjolkan dirinya sebagai negara moden yang normal. Walau bagaimanapun, di dalam dunia yang terbahagi di antara sosialisma dan kapitalisma, dan dalam menghadapi boikot daripada Amerika Syarikat, mereka masih berpegang teguh dengan prinsip mereka. Hasilnya terciptalah reka bentuk menakjubkan yang meletakkan kedua-dua simbol Soviet( bintang merah yang melambangkan Kremlin) dan cincin Olimpik berwarna merah yang menunjukkan ideologi sosialis. Logo ini mungkin telah menakutkan beberapa atlet pada masa itu, tetapi ia masih berdiri sehinggan hari ini sebagai reka bentuk klasik minimalis.

 

05. Los Angeles 1984

losangeles

Logo Olimpik 1985 Los Angeles ini sangat patriotik dan seperti bendera
yang sedang berkibar.

 

Empat tahun selepas USSR, Sukan Olimpik kembali ke Amerika Syarikat, dan logo ini di reka
bentuk oleh Robert Miles Runyan & Associates adalah sepatriotik seperti reka bentuk sebelumnya di Soviet . Tersulami dalam warna-warna kebangsaan merah, putih dan biru, tidak ada sebarang syak di mana Sukan Olimpik ini telah diadakan. Tambahan pula , bintang-bintang di bahagian atas ( yang melambangkan bendera AS ) sedang berpecah-belah kepada jalur GO-Faster, yang mencerminkan dinamisme negara dan atletisma acara. Tambahan pula cara bintang-bintang saling menyilang cincin di bawah, secara halus mengikatkan “nilai-nilai Amerika” kepada pihak pergerakan Olimpik.

 

06. Nagano 1998

nagano

Logo sukan Olimpik musim salji di Nagano 1998 ini mengabungkan atlet
abstrak dengan gaya yang lembut.

 

Kebanyakan logo Olimpik telah cuba untuk menjadi terlalu literal, menggabungkan imej atlet
sebenar dalam reka bentuk, hanya berakhir dengan semak dan tidak fokus. Tetapi tidak pada kali ini. Pada tahun 1998, tuan rumah Sukan Musim Sejuk, di kota Jepun di Nagano mengeluarkan reka bentuk logo ini , yang dikenali sebagai ‘Snowflower’. Dengan mengunakan atlet berbentuk abstrak sebagai kelopak bunga dengan bayang-bayangnya telah membawa rasa semangat dan tenaga pada reka bentuknya. Mencapai keseimbangan yang sempurna antara terlalu literal dan terlalu abstrak , reka bentuk ini adalah kedua-dua unik buat Jepun dan sememangnya universal.

 

07. Athens 2004

athens

Pada tahun ini Sukan Olimpik pulang ke Athens, dan logo memfokuskan pada
warisan Greece.

 

2004 merupakan tahun yang penting bagi Sukan Olimpik : kali pertama temasya moden telah kembali ke tanah kelahiran mereka. Dan bangsa yang bangga menyampaikan reka bentuk logo untuk acara kali ini yang sangat Yunani. Dicipta oleh Wolff Olins dan rakan Yunani mereka Red Design, reka bentuk yang berasaskan bunga zaitun (hadiah tradisional diberikan kepada pemenang Sukan Olimpik) , dalam warna-warna kebangsaan negara. Berlatar belakangkan cat air, Lambang ini juga melambangkan laut dan lautan disekitar negara kepulauan ini.

 

08. Beijing 2008

beijing

Reka bentuk logo untuk Beijing 2008 penuh dengan kebanggaan bangsa Cina.

 

Dengan kemunculan China sebagai kuasa ekonomi utama dunia pada abad ke-21, logo ini yang dicipta oleh Guo Chunning, penuh dengan semangat kebangsaan. Menggambarkan meretai(seal) merah tradisional Cina, lambang ini memaparkan angka dinamik yang digayakan daripada perkataan ‘Jing’ (yang bermaksud’modal’ dan merupakan bahagian kedua nama di bandar ini), lambang yang menyerupai pelari di garisan penamat, bentuknya menandakan naga tradisional Cina, tangan terbuka melambangkan jemputan China kepada dunia untuk berkongsi budayanya.

 

09. Sochi 2014

sochi

Logo untuk 2014 Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi telah direka dengan digital
dalam fikiran.

 

Reka bentuk untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi pada 2014 adalah unik kerana beberapa sebab. Tidak seperti kebanyakan logo Olimpik ( kecuali Mexico 68 dan London 2012), ia tidak mengandungi unsur-unsur lukisan. Huruf kecil sahaja digunakan. Dan ia tidak memamparkan nama rasmi untuk acara tersebut, hanya dengan mengantikannya dengan URL. Logo ini dicipta oleh lapan orang pereka bentuk hebat dari Interband, logo takjub ini digambarkan oleh jawatankuasa penganjur sebagai “jenama digital pertama didalam sejarah Olimpik”. Kesederhanaan radikalnya (contohnya menggunakan akhiran .ru untuk menyampaikan bahawa Sochi ini di Russia) bermakna apabila dikurangkan kepada saiz yang paling kecil di telefon bimbit, ia masih mengekalkan kejelasan dan integriti reka bentuknya.

 

10. Rio 2016

rio

Logo Sukan Olimpik Rio 2016 serta merta telah menjadi logo klasik.

 

Sukan Olimpik Rio 2016, mungkin sahaja bermula, tetapi logonya sudah memasuki Pantheon Olimpik yang hebat. Dengan kesederhanaan yang elegan, ia menyampaikan pelbagai tema. orang yang berganding bahu dengan semangat perpaduan global, warna matahri, laut dan hutan yang mewakili kawasan sekitar Rio, bentuk yang mencerminkan gunung Sugarloaf yang terkenal. Reka bentuk warna yang menaikan semangat ini di cipta oleh agensi Brasil bernama Tatil.